Sunday, October 08, 2023

EMOTIONAL DAMAGE

Sent my kid to school a little late, 

waited for him to finish his homework and then we left for school.

Arrived at the main gate.

Ticer S was there.


I heard Ticer F yelling at the kids, 

"kamu nak masuk concert ke tak nak ni? kalau tak nak saya keluarkan nama kamu.

rasheed cakapla cakap cakap"


What the hell was that 

the school was extremely silent. soundless. 

No one is saying anything.

tcer S bring my child in.


It was emotionally damaging for me.

for the children obviously.

I wanted to stay and listen. 

I hesitated to go home. 

Should I listen to the tcer or leave the school? 


I drove back feeling hopeless that I had not supported the children. 

Left my child and his friends with deep regret in my heart. 

Allah is with you. I prayed a lot in my heart.


On the way home, almost had an accident with my neighbour 

as she was about to get out of the parking lot


It was unacceptable 

tcer why you did this to the helpless children 

no one is there to support them 

my dear children you only have Allah with you



pic source : https://www.additudemag.com/adhd-emotional-overreaction-shame-blame/

myFirst


 

Friday, March 02, 2007

your special 'someone'

“Syair Arab menyebut, apabila seseorang yang bercinta di tanya, “Apakah kau menyintai atau
sedang bercinta dengannya?”, maka dijawabnya, “Oh, tidak…kawan sahaja atau apa sahaja alasannya,” Ketahuilah dia seorang pasangan KAZZAB (penipu)”.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Istilah cinta amat popular dan menjadi satu ungkapan setia di bibir-bibir remaja yang
menganggapnya satu kalimah suci dan bererti. Ada yang berbangga memiliki seorang kekasih
yang setia dan mula memasang angan-angan untuk mendirikan rumah tangga bersama
pasangan pilihan.

Fanomena ini berlanjutan dari bangku sekolah lagi malah adakalanya membawa kepada sesuatu di luar jangkauan. Cinta perlu difahami. Semestinya seorang remaja perlu memahami kehendak dan definisi yang tepat. Tanya pada diri, sama ada cinta hanya sekadar gelojak perasaan serta rasa tertarik antara satu sama lain cukup untuk menjelaskan maksudnya?

Di dalam artikel bertajuk Hakikat Percintaan Dalam Islam, rasa hati yang dinamakan cinta merupakan satu perasaan yang semulajadi dialami oleh setiap insan baik muda mahupun tua.

Allah telah menganugerahkan manusia naluri untuk meneruskan keturunan (salah satunya,
menyukai pasangan berlainan jantina) atau dikenali dengan gharizah Al-Nau’. Ini merupakan salah satu naluri manusia dari yang tiga iaitu gharizah Al-baqa’ (naluri untuk meneruskan kehidupan dan mempertahankan), gharizah Al-Tadayyun (naluri untuk menyembah
dan beragama) dan gharizah Al-Nau’.

Jadi adanya perasaan itu sememangnya sudah fitrah manusia dan perkara ini wajar dan tidak
haram di sisi Islam. Dalam keadaan ini, manusia perlu memahami kedudukan cintanya dan ke mana hala tuju seterusnya.

Malangnya remaja hilang punca dan meletakkan satu kesimpulan yang mudah tentang hakikat
cinta.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab,
kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dan ada matlamat.

Jika ciri-ciri ini tidak ada dalam apa yang dikatakan sebagai cinta, maka hubungan sedemikian sekadar satu permainan dan kepura-puraan sahaja.

Konsep cinta dalam Islam meletakkan satu aturan yang sistematik dan teratur tanpa mengabaikanhubungan antara manusia dan Allah.

Atas dasar ini, Islam meletakkan cinta pada satu kedudukan yang bermaruah dan bernilai baik bagi pihak lelaki dan perempuan.

Ke mana hala tujunya destinasi cinta remaja?Adakah setakat mengisi usia remaja dan adakalanya putus di tengah jalan? Mungkin destinasi cinta remaja yang diingini lebih kepada konsep ala Barat yang disifatkan penuh romantis dan indah.

Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cinta yang dibina bermatlamat. Kerana ingin mendapat kasih sayang tuhan, manusia sedia berkongsi rasa cinta dan kasih sayang sesama insan.

Kerana inginkan kasih sayang tuhan jualah, masing-masing ingin selamat-menyelamatkan
antara satu sama lain dari segi hubungan dan kehidupan di dunia untuk mengejar sesuatu yang
abadi di akhirat.

Cinta yang dibina bukan cinta kosong tetapi cinta yang punya pengertian yang luhur dan hanya
dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang sentiasa mencari Tuhan.

Sumber : http://amirhk.wordpress.com/2007/02/27/kasih-cinta-dalam-islam/

Thursday, February 08, 2007

..........

ABDUL WASEI HARUKA KIMURA

Abdul Wasei kongsi ilmu Allah dengan masyarakat Islam Jepun

MENGENDALIKAN kelas pengajian al-Quran kepada ahli Perhimpunan Muslimah KL-Jepun pada setiap pagi Sabtu minggu keempat adalah rutin kepada Abdul Wasei Haruka Kimura, 51, sejak 22 Mac 2003.

Malah anak kelahiran kota Tokyo, Jepun ini juga adalah wakil Persatuan Muslim Jepun di Malaysia sejak 1995.

Kebetulan pada hari kunjungan penulis ke kelas kendalian beliau minggu lalu merupakan kelas akhir pengajian Hadis 40- An-Nawawi sebelum menyambung pengajian Hadis 200 dan Kaedah Tajwid. Kelas kendalian Abdul Wasei sebelum ini iaitu pada Oktober 2006 berjaya menamatkan pengajian kelas al-Quran 30 juzuk secara bertajwid.

Kata Abdul Wasei lagi, penglibatan beliau dengan aktiviti Badan Bukan Kerajaan (NGO) bermula selepas membuat kajian tentang orang Jepun yang memeluk Islam di Malaysia pada 1995 hingga 1996. Hasilnya beliau mendapati seramai 188 orang Jepun yang beragama Islam di Malaysia.

Bersyukur

“Saya cuba menghantar surat kepada mereka yang mempunyai alamat. Boleh dikatakan sepuluh peratus daripadanya yang respons. Kami cuba untuk mengadakan satu perjumpaan tetapi sayangnya, ada yang tinggal berjauhan dan ini menyukarkan hasrat saya itu.

“Semenjak dari itu hinggalah sekarang, saya aktif dan sentiasa memberi sokongan dalam apa juga aktiviti seperti program latihan, program ukhuwah, pengislaman mahupun perkahwinan. Saya gembira apabila dapat menyumbang sesuatu ke jalan Allah.

Sebenarnya saya amat bersyukur dengan ilmu yang diperoleh kerana tanpa keizinan-Nya, sudah tentu saya tidak sampai ke sini. Inilah masanya untuk saya memberi kembali apa yang telah saya peroleh sebelum ini,” cerita Abdul Wasei selepas tamat kelas beliau, tengah hari itu.

Berkongsi kenangan manis terutamanya apabila berjaya membantu sesama umat Islam, akui Abdul Wasei kejayaan menghasilkan sebuah buku asas agama Islam untuk kanak-kanak benar-benar menyentuh hatinya dan amat menggembirakan.

“Kos percetakan di Jepun agak mahal berbanding di Malaysia apatah lagi, jumlah yang hendak dicetak itu kecil. Ini memandangkan penerbitan buku-buku agama Islam di Jepun amat terhad.

“Menyedari kesukaran tersebut, saya bersama dengan seorang rakan kongsi telah mengusahakan buku pertama kami. Alhamdulillah, usaha kami berjaya sungguhpun kami terpisah oleh jarak yang jauh.

“Kini dengan kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi serta penggunaan internet menyebabkan dunia menjadi semakin kecil dan Jepun menjadi semakin dekat. Inilah sumbangan kecil saya kepada umat Islam di Jepun,” kata pengurus sebuah syarikat yang membekalkan bahan mentah dan alat ganti kepada sebuah kilang besi terkemuka di Malaysia.

Bercerita kisah yang membawa kepada pengislaman serta berkongsi pengalaman yang membawanya ke Madinah untuk mendalami agama Islam, terang Abdul Wasei, beliau mengucap syahadah pada 10 Julai 1977. Pada masa itu beliau bekerja sebagai Jurutera Sistem Komputer di Jepun.

“Saya terbaca iklan tentang kelas pengajian bahasa Arab. Saya tertarik untuk mengikuti kelas malam tersebut dan berkemungkinan inilah titik permulaan pendedahannya kepada agama Islam. Semakin lama mengikuti kelas itu, saya ingin tahu lebih mendalam di sebalik agama itu.

“Saya mengambil keputusan berhenti kerja walaupun pada masa itu sudah lebih lima tahun berkhidmat. Selama dua tahun saya mengikuti pengajian bahasa Arab di Universiti Islam Madinah dan kemudiannya menyambut pengajian di Fakulti Dakwah dan Usuluddin selama empat tahun. Selama enam tahun pengajian, Abdul Wasei berpeluang menunaikan haji sebanyak dua kali.

Terpikat

“Ramai yang tertanya-tanya adakah saya mampu bertutur lancar menggunakan bahasa Arab. Boleh dikatakan hampir setiap hari kami terdedah dengan penggunaan bahasa Arab terutamanya dalam menyiapkan laporan, membaca, berbual, peperiksaan. Malah kalau hendak bertengkar pun kena mengunakan bahasa Arab,” ujar Abdul Wasei yang merupakan orang Jepun yang pertama menamatkan pengajian dari Universiti Islam Madinah.

Ditanya apa yang membawanya ke Malaysia, kata Abdul Wasei dia mengenali Malaysia sewaktu masih menuntut di Arab Saudi lagi. Pada cuti musim panas, beliau kembali ke Jepun sebelum melawat kawan yang tinggal di Pattani, Tahailand. Pada masa itu umat Islam sedang menjalani ibadah puasa Ramadan.

Semenjak dari saat itu, Abdul Wasei mengakui, hatinya mula terpikat dengan suasana kehidupan orang di Asia Tenggara. Malah sehingga beliau pernah menjangka akan berkahwin dengan wanita dari benua ini suatu hari kelak.

Jodoh pertemuan adalah ketentuan dan takdir Ilahi. Itulah yang berlaku kepada Abdul Wasei di mana pada 1986 telah mendirikan rumah tangga dengan wanita Malaysia bernama, Azni Mohd. Aziddin. Kini pasangan ini telah dikurniakan empat cahaya mata antara usia 20 hingga 10 tahun.

“Saya berhijrah ke Malaysia pada Januari 1995 dengan niat dan tujuan yang baik. Pada masa itu anak sulung kami berada di dalam darjah satu. Saya melihat Malaysia adalah sebuah negara membangun dan kehidupan rakyatnya yang berbilang bangsa dalam suasana aman dan harmoni. Saya mahu anak saya dibesarkan di negara indah dan unik ini. Itulah sebab utama saya datang ke Malaysia.

“Selain itu, memandangkan Malaysia yang sedang pesat membangun dan ini menandakan banyak kemungkinan yang bakal berlaku pada masa hadapan. Hakikatnya, saya mempunyai banyak idea. Sebelum berlepas ke Malaysia, saya ada terfikir membuat kerja-kerja berkaitan penerbitan memandangkan di sini kosnya agak berpatutan.

“Apatah lagi, buku-buku agama terutamanya tentang agama Islam amat terhad dalam pasaran buku-buku di Jepun,” cerita Abdul Wasei yang juga pernah bekerja sebagai penganalisa komputer di agensi perlancongan pada 1996. Pada masa itu beliau baru berpindah ke Kuala Lumpur sebelum mendapat taraf kerakyatan Malaysia pada 2001 selepas bertahun-tahun memohonnya iaitu sejak Jun 1995.

Meskipun bahasa Arab menjadi pembuka tirai kepada asas pengetahuan Abdul Wasei tentang Islam namun katanya semakin jauh beliau mendalami Islam, beliau tertarik dengan konsep tauhid dalam ajaran Islam. Di dalam agama Islam, Allah adalah Satu.

Berbeza dengan kebanyakan masyarakat Jepun yang tidak mempunyai apa-apa pendidikan agama. Agama seperti Shintoism, Buddha, Kristian dan agama-agama yang kecil adalah antara agama anutan segelintir orang Jepun. katanya lagi di Jepun mendaftar sesebuah agam itu amat mudah hanya memerlukan tempoh dua tahun sahaja.

Menyentuh tentang Perhimupan Muslimah KL-Jepun kata Abdul Wasei, ia ditubuhkan pada 2003 dengan penganjuran beberapa kelas pengajian seperti di atas. Perhimpunan kaum Muslimah ini diketuai oleh Fitrah Junko Hirose memandangkan beliau tinggal berdekatan Kuala Lumpur dan Selangor. Kebanyakan ahli-ahli perhimpunan ini adalah penduduk tempatan manakala sebahagian yang lain mengikuti suami yang bekerja di Malaysia.

Kecintaan Abdul Wasei kepada bumi Malaysia sehinggakan beliau meminta penulis agar mengingatkan masalah yang bakal dihadapi kerajaan sekali gus rakyat Malaysia, seandainya perkara ini dipandang remeh.

Sumber : http://utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0208&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

....masuk Islam xyah tukar nama. xde apa dgn nama~ tp memanggil nama ibarat doa. nama pjg2 tp org suke pggl y pendek.. so nk kasi nm anak bg sepatah perkataan je mcm anak sedara hafizuddin. bdk2 ofis pggl mimah.. tp kot lelama pggl mimi aku pn xtau. suke hatila.. knape xnk pggl fauzatul ye? dk2 sekolah rilek je~

p/s : bile nk smbg bljar bhs Arab..