Sunday, October 08, 2023

EMOTIONAL DAMAGE

Sent my kid to school a little late, 

waited for him to finish his homework and then we left for school.

Arrived at the main gate.

Ticer S was there.


I heard Ticer F yelling at the kids, 

"kamu nak masuk concert ke tak nak ni? kalau tak nak saya keluarkan nama kamu.

rasheed cakapla cakap cakap"


What the hell was that 

the school was extremely silent. soundless. 

No one is saying anything.

tcer S bring my child in.


It was emotionally damaging for me.

for the children obviously.

I wanted to stay and listen. 

I hesitated to go home. 

Should I listen to the tcer or leave the school? 


I drove back feeling hopeless that I had not supported the children. 

Left my child and his friends with deep regret in my heart. 

Allah is with you. I prayed a lot in my heart.


On the way home, almost had an accident with my neighbour 

as she was about to get out of the parking lot


It was unacceptable 

tcer why you did this to the helpless children 

no one is there to support them 

my dear children you only have Allah with you



pic source : https://www.additudemag.com/adhd-emotional-overreaction-shame-blame/

myFirst


 

Friday, March 02, 2007

your special 'someone'

“Syair Arab menyebut, apabila seseorang yang bercinta di tanya, “Apakah kau menyintai atau
sedang bercinta dengannya?”, maka dijawabnya, “Oh, tidak…kawan sahaja atau apa sahaja alasannya,” Ketahuilah dia seorang pasangan KAZZAB (penipu)”.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Istilah cinta amat popular dan menjadi satu ungkapan setia di bibir-bibir remaja yang
menganggapnya satu kalimah suci dan bererti. Ada yang berbangga memiliki seorang kekasih
yang setia dan mula memasang angan-angan untuk mendirikan rumah tangga bersama
pasangan pilihan.

Fanomena ini berlanjutan dari bangku sekolah lagi malah adakalanya membawa kepada sesuatu di luar jangkauan. Cinta perlu difahami. Semestinya seorang remaja perlu memahami kehendak dan definisi yang tepat. Tanya pada diri, sama ada cinta hanya sekadar gelojak perasaan serta rasa tertarik antara satu sama lain cukup untuk menjelaskan maksudnya?

Di dalam artikel bertajuk Hakikat Percintaan Dalam Islam, rasa hati yang dinamakan cinta merupakan satu perasaan yang semulajadi dialami oleh setiap insan baik muda mahupun tua.

Allah telah menganugerahkan manusia naluri untuk meneruskan keturunan (salah satunya,
menyukai pasangan berlainan jantina) atau dikenali dengan gharizah Al-Nau’. Ini merupakan salah satu naluri manusia dari yang tiga iaitu gharizah Al-baqa’ (naluri untuk meneruskan kehidupan dan mempertahankan), gharizah Al-Tadayyun (naluri untuk menyembah
dan beragama) dan gharizah Al-Nau’.

Jadi adanya perasaan itu sememangnya sudah fitrah manusia dan perkara ini wajar dan tidak
haram di sisi Islam. Dalam keadaan ini, manusia perlu memahami kedudukan cintanya dan ke mana hala tuju seterusnya.

Malangnya remaja hilang punca dan meletakkan satu kesimpulan yang mudah tentang hakikat
cinta.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab,
kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dan ada matlamat.

Jika ciri-ciri ini tidak ada dalam apa yang dikatakan sebagai cinta, maka hubungan sedemikian sekadar satu permainan dan kepura-puraan sahaja.

Konsep cinta dalam Islam meletakkan satu aturan yang sistematik dan teratur tanpa mengabaikanhubungan antara manusia dan Allah.

Atas dasar ini, Islam meletakkan cinta pada satu kedudukan yang bermaruah dan bernilai baik bagi pihak lelaki dan perempuan.

Ke mana hala tujunya destinasi cinta remaja?Adakah setakat mengisi usia remaja dan adakalanya putus di tengah jalan? Mungkin destinasi cinta remaja yang diingini lebih kepada konsep ala Barat yang disifatkan penuh romantis dan indah.

Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cinta yang dibina bermatlamat. Kerana ingin mendapat kasih sayang tuhan, manusia sedia berkongsi rasa cinta dan kasih sayang sesama insan.

Kerana inginkan kasih sayang tuhan jualah, masing-masing ingin selamat-menyelamatkan
antara satu sama lain dari segi hubungan dan kehidupan di dunia untuk mengejar sesuatu yang
abadi di akhirat.

Cinta yang dibina bukan cinta kosong tetapi cinta yang punya pengertian yang luhur dan hanya
dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang sentiasa mencari Tuhan.

Sumber : http://amirhk.wordpress.com/2007/02/27/kasih-cinta-dalam-islam/

Thursday, February 08, 2007

..........

ABDUL WASEI HARUKA KIMURA

Abdul Wasei kongsi ilmu Allah dengan masyarakat Islam Jepun

MENGENDALIKAN kelas pengajian al-Quran kepada ahli Perhimpunan Muslimah KL-Jepun pada setiap pagi Sabtu minggu keempat adalah rutin kepada Abdul Wasei Haruka Kimura, 51, sejak 22 Mac 2003.

Malah anak kelahiran kota Tokyo, Jepun ini juga adalah wakil Persatuan Muslim Jepun di Malaysia sejak 1995.

Kebetulan pada hari kunjungan penulis ke kelas kendalian beliau minggu lalu merupakan kelas akhir pengajian Hadis 40- An-Nawawi sebelum menyambung pengajian Hadis 200 dan Kaedah Tajwid. Kelas kendalian Abdul Wasei sebelum ini iaitu pada Oktober 2006 berjaya menamatkan pengajian kelas al-Quran 30 juzuk secara bertajwid.

Kata Abdul Wasei lagi, penglibatan beliau dengan aktiviti Badan Bukan Kerajaan (NGO) bermula selepas membuat kajian tentang orang Jepun yang memeluk Islam di Malaysia pada 1995 hingga 1996. Hasilnya beliau mendapati seramai 188 orang Jepun yang beragama Islam di Malaysia.

Bersyukur

“Saya cuba menghantar surat kepada mereka yang mempunyai alamat. Boleh dikatakan sepuluh peratus daripadanya yang respons. Kami cuba untuk mengadakan satu perjumpaan tetapi sayangnya, ada yang tinggal berjauhan dan ini menyukarkan hasrat saya itu.

“Semenjak dari itu hinggalah sekarang, saya aktif dan sentiasa memberi sokongan dalam apa juga aktiviti seperti program latihan, program ukhuwah, pengislaman mahupun perkahwinan. Saya gembira apabila dapat menyumbang sesuatu ke jalan Allah.

“Sebenarnya saya amat bersyukur dengan ilmu yang diperoleh kerana tanpa keizinan-Nya, sudah tentu saya tidak sampai ke sini. Inilah masanya untuk saya memberi kembali apa yang telah saya peroleh sebelum ini,” cerita Abdul Wasei selepas tamat kelas beliau, tengah hari itu.

Berkongsi kenangan manis terutamanya apabila berjaya membantu sesama umat Islam, akui Abdul Wasei kejayaan menghasilkan sebuah buku asas agama Islam untuk kanak-kanak benar-benar menyentuh hatinya dan amat menggembirakan.

“Kos percetakan di Jepun agak mahal berbanding di Malaysia apatah lagi, jumlah yang hendak dicetak itu kecil. Ini memandangkan penerbitan buku-buku agama Islam di Jepun amat terhad.

“Menyedari kesukaran tersebut, saya bersama dengan seorang rakan kongsi telah mengusahakan buku pertama kami. Alhamdulillah, usaha kami berjaya sungguhpun kami terpisah oleh jarak yang jauh.

“Kini dengan kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi serta penggunaan internet menyebabkan dunia menjadi semakin kecil dan Jepun menjadi semakin dekat. Inilah sumbangan kecil saya kepada umat Islam di Jepun,” kata pengurus sebuah syarikat yang membekalkan bahan mentah dan alat ganti kepada sebuah kilang besi terkemuka di Malaysia.

Bercerita kisah yang membawa kepada pengislaman serta berkongsi pengalaman yang membawanya ke Madinah untuk mendalami agama Islam, terang Abdul Wasei, beliau mengucap syahadah pada 10 Julai 1977. Pada masa itu beliau bekerja sebagai Jurutera Sistem Komputer di Jepun.

“Saya terbaca iklan tentang kelas pengajian bahasa Arab. Saya tertarik untuk mengikuti kelas malam tersebut dan berkemungkinan inilah titik permulaan pendedahannya kepada agama Islam. Semakin lama mengikuti kelas itu, saya ingin tahu lebih mendalam di sebalik agama itu.

“Saya mengambil keputusan berhenti kerja walaupun pada masa itu sudah lebih lima tahun berkhidmat. Selama dua tahun saya mengikuti pengajian bahasa Arab di Universiti Islam Madinah dan kemudiannya menyambut pengajian di Fakulti Dakwah dan Usuluddin selama empat tahun. Selama enam tahun pengajian, Abdul Wasei berpeluang menunaikan haji sebanyak dua kali.

Terpikat

“Ramai yang tertanya-tanya adakah saya mampu bertutur lancar menggunakan bahasa Arab. Boleh dikatakan hampir setiap hari kami terdedah dengan penggunaan bahasa Arab terutamanya dalam menyiapkan laporan, membaca, berbual, peperiksaan. Malah kalau hendak bertengkar pun kena mengunakan bahasa Arab,” ujar Abdul Wasei yang merupakan orang Jepun yang pertama menamatkan pengajian dari Universiti Islam Madinah.

Ditanya apa yang membawanya ke Malaysia, kata Abdul Wasei dia mengenali Malaysia sewaktu masih menuntut di Arab Saudi lagi. Pada cuti musim panas, beliau kembali ke Jepun sebelum melawat kawan yang tinggal di Pattani, Tahailand. Pada masa itu umat Islam sedang menjalani ibadah puasa Ramadan.

Semenjak dari saat itu, Abdul Wasei mengakui, hatinya mula terpikat dengan suasana kehidupan orang di Asia Tenggara. Malah sehingga beliau pernah menjangka akan berkahwin dengan wanita dari benua ini suatu hari kelak.

Jodoh pertemuan adalah ketentuan dan takdir Ilahi. Itulah yang berlaku kepada Abdul Wasei di mana pada 1986 telah mendirikan rumah tangga dengan wanita Malaysia bernama, Azni Mohd. Aziddin. Kini pasangan ini telah dikurniakan empat cahaya mata antara usia 20 hingga 10 tahun.

“Saya berhijrah ke Malaysia pada Januari 1995 dengan niat dan tujuan yang baik. Pada masa itu anak sulung kami berada di dalam darjah satu. Saya melihat Malaysia adalah sebuah negara membangun dan kehidupan rakyatnya yang berbilang bangsa dalam suasana aman dan harmoni. Saya mahu anak saya dibesarkan di negara indah dan unik ini. Itulah sebab utama saya datang ke Malaysia.

“Selain itu, memandangkan Malaysia yang sedang pesat membangun dan ini menandakan banyak kemungkinan yang bakal berlaku pada masa hadapan. Hakikatnya, saya mempunyai banyak idea. Sebelum berlepas ke Malaysia, saya ada terfikir membuat kerja-kerja berkaitan penerbitan memandangkan di sini kosnya agak berpatutan.

“Apatah lagi, buku-buku agama terutamanya tentang agama Islam amat terhad dalam pasaran buku-buku di Jepun,” cerita Abdul Wasei yang juga pernah bekerja sebagai penganalisa komputer di agensi perlancongan pada 1996. Pada masa itu beliau baru berpindah ke Kuala Lumpur sebelum mendapat taraf kerakyatan Malaysia pada 2001 selepas bertahun-tahun memohonnya iaitu sejak Jun 1995.

Meskipun bahasa Arab menjadi pembuka tirai kepada asas pengetahuan Abdul Wasei tentang Islam namun katanya semakin jauh beliau mendalami Islam, beliau tertarik dengan konsep tauhid dalam ajaran Islam. Di dalam agama Islam, Allah adalah Satu.

Berbeza dengan kebanyakan masyarakat Jepun yang tidak mempunyai apa-apa pendidikan agama. Agama seperti Shintoism, Buddha, Kristian dan agama-agama yang kecil adalah antara agama anutan segelintir orang Jepun. katanya lagi di Jepun mendaftar sesebuah agam itu amat mudah hanya memerlukan tempoh dua tahun sahaja.

Menyentuh tentang Perhimupan Muslimah KL-Jepun kata Abdul Wasei, ia ditubuhkan pada 2003 dengan penganjuran beberapa kelas pengajian seperti di atas. Perhimpunan kaum Muslimah ini diketuai oleh Fitrah Junko Hirose memandangkan beliau tinggal berdekatan Kuala Lumpur dan Selangor. Kebanyakan ahli-ahli perhimpunan ini adalah penduduk tempatan manakala sebahagian yang lain mengikuti suami yang bekerja di Malaysia.

Kecintaan Abdul Wasei kepada bumi Malaysia sehinggakan beliau meminta penulis agar mengingatkan masalah yang bakal dihadapi kerajaan sekali gus rakyat Malaysia, seandainya perkara ini dipandang remeh.

Sumber : http://utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0208&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

....masuk Islam xyah tukar nama. xde apa dgn nama~ tp memanggil nama ibarat doa. nama pjg2 tp org suke pggl y pendek.. so nk kasi nm anak bg sepatah perkataan je mcm anak sedara hafizuddin. bdk2 ofis pggl mimah.. tp kot lelama pggl mimi aku pn xtau. suke hatila.. knape xnk pggl fauzatul ye? dk2 sekolah rilek je~

p/s : bile nk smbg bljar bhs Arab..

Thursday, February 01, 2007

Isteriku Bidadari Hatiku

Setiap hari aku merasakan hangatnya cinta dan kasih sayangnya. Setiap pagi aku mendengar panggilannya yang lembut. Aku hidup bahagia dalam pelukan cinta dan perhatiannya.

Ia tak pernah melukai hatiku, walau terkadang tanpa kusadari telah membuat hatinya terluka. Tapi goretan luka itu tak pernah ku lihat membekas dalam pancaran matanya yang penuh kasih sayang, dalam untaian kata katanya yang sopan dan dalam genangan air mukanya yang selalu jernih.

Tak heran bila aku tak sanggup lama lama berjauhan darinya. Tak heran bila aku merasa sulit untuk berlepas darinya.

Siapakah ia…?

Siapa lagi kalau bukan seorang wanita yang telah menyerahkan pengabdian hidupnya padaku. Seorang manusia yang dengan rela menerima segala kekurangan dan kelemahanku. Seorang wanita yang akan melahirkan untukku pejuang pejuang agama yang akan kudidik dengan tanganku.

Ia adalah isteriku tercinta yang telah kunikahi sejak 3 tahun yang silam. Kami menikah dalam usia yang masih muda. Umurku berjarak 4 tahun lebih tua darinya. Saat ini aku masih kuliah begitu juga dengan dirinya.

Dahulu, ketika melamarnya ada rasa bimbang yang bergantungan di taman hatiku. Apakah wanita yang kupilih dan kurasakan kemantapan setelah istikharah akan dapat membahagiakan diriku? Pertanyaan ini sering muncul dalam benakku.

Wajar memang karena ia masih kecil, belum memiliki bekal yang cukup untuk menyandang title sebagai seorang isteri dan ibu rumah tangga. Apalagi jiwa mudanya masih ingin berpetualang di arena kehidupan. Ingin terbang ke seluruh tempat, menyusuri lorong lorong waktu dengan membawa keinginan keinginan yang dinyanyikan jiwanya.

Tapi, semuanya kurasakan berubah setelah menikah. Apa yang aku khawatirkan dahulunya sangat jauh dari yang kudapatkan. Aku tidak pernah merasa terbebani dengan pernikahan. Aku semakin bahagia, hidupku semakin lebih terarah. Aku menjadi lebih bersemangat mewujudkan masa depan. Aku menemukan sebuah ketenangan yang selama ini kucari, sebuah kasih sayang tulus, sebuah belaian cinta yang lembut, sebuah ombak ombak kemesraan yang selalu bergerak dalam jiwaku.

Isteriku pandai menyenangkan hatiku. Ia pandai menghiburku. Aku tahu ia belum sempurna. Tapi hal itu terasa tak bermasalah bagiku.

Aku merasakan teguran lembutnya sudah cukup memberiku semangat, aku merasakan perhatian yang ia berikan sudah cukup memberiku kekuatan untuk menghadapi segala persoalan hidup. Aku pun merasa ringan ketika ia begitu sabar dengan segala keterbatasan dan kekurangan diriku.

Aku sangat bersyukur pada Allah yang telah mempertemukan kami. Semoga ini akan kekal hingga ke akhirat nanti.

Amin

Sumber : http://www.eramuslim.com/atc/oim/45bfde9a.htm

p/s : cinta seharusnya membuat kt lebih bersemangat.. siapa pernah bgtau ni ye.. HAMKA ke?
p/s : sori dh lm tk post, kalu ada pn nk dipost tk dan nk melayan tenet ni. shoutbox kt sebelah tu pn sori lmbt reply. birthday lin pn sebaris tu je y aku sempat tulis..

Sunday, December 03, 2006

my mum is amazing~

kalau rs nk nyanyi, click here

She wakes early in the morning with a smile
And she holds my head up high:
"Don’t you ever let anybody put you down -
‘Coz you are my little angel"

Then she makes something warm for me to drink -
‘Coz it’s cold out there, she thinks
Then she walks me to school - yes, I ain’t no fool
I just think my mum is amazing

Chorus

She makes me feel -
Like I can do anything
And when she’s with me
There’s nowhere else I’d rather be

After school, she’s waiting by the gate
I’m so happy that I just can’t wait -
To get home to tell her how my day went
Eat the yummy food only my mum makes

Then I wind her up ‘coz I don’t want to bath
And we run around the house with a laugh
No matter what I say, she gets her way
I think my mum is amazing

(Chorus)

In the evening, she tucks me into bed
And I wrap my arms around her head
Then she tells me a tale of a girl far away -
Who one day became a princess

I’m so happy - I don’t want her to leave
So she lies in bed with me
As I close my eyes, how lucky am I -
To have a mum that’s so amazing

(Chorus)

Then I wake up in the morning - she’s not there
And I realise she never was
And I’m still here in this lonely orphanage -
With so many just like me

And as my dreams begin to fade
I try hard to look forward to my day
But there’s a pain in my heart that’s a craving:
How I wish I had a mum that’s amazing
Would be amazing

Friday, December 01, 2006

hepi birthday ti..

erm siti.. hepi birthday~ you are my pretty girl.. smpi bile2 pn should alwayz b by my side.. listen to my heart.. even smpi aku meninggalkan rumah ok..

p/s : mn nk cari brg2 strawberry short cake? aku tk penah tgk katun ni
p/s to me : The road to success is always under construction.. argghh tk suke

Sunday, November 26, 2006

michelle al-nasr

br je lps halau mubin kluar dr bilik ni. har~har~har.. **(tk sopan ni)** sori la bin. aku nk tls blog.. kadang2 aku tk selesa mana kaum yang lelaki ni duk dlm bilik ni.. kalau maryam aku kesian sbb tkde ms nk layan die. yang lain tu ada y nk borak, tkpun tgk aku buat keje.. tkpun baca buku atas katil blakng ni. bdk2 ni mmgla.. bilik lain tk nk lepak. duduk sj tkpe lagi. erk tp jgnla tdo. consequencesnya maryam slalu bising2.. siti pun sama. die complain dgn mak bdk laki suke tdo bilik kami.. bkn setakat complain sj, tp siap nk bilik sendiri. yg mak dgn ayah amik serious dgn ngomelan si siti tu nape pulak.. nanti kami akan ada bilik lain.. har~har~har harap2 bilik tu nanti pasang kunci ok.. so blhla aku nk menaip di blog tanpa perlu menghalau dak2 laki ni..

erm spjg buat projek y tk sudah2 ni, ni pn tgh mengedit lg.. tkde ape y menarik nk dikongsi, kalau pn ada terbaca article y best2, cuma blh bc sendiri dan aku pn dh tk ingat mane peginye url2 y aku simpan.. sbb tk dan nk post. kali ni menulis la skjb takut kang hilang lagi urlnye. kali ni aku masuk portal member jalil, boleh tahan gakla. tryla tgk.. erm portal ke community aku pn tk tau nk pggil ape --> PAKSI so dlm tu aku terkenal dgn michelle al-nasr.. erk siapa perempuan ni ye.. tk dan nk search.. aku nk smbg mengedit projek dan report.. daa~ selamat membaca..

oh ye.. ttg perkataan salam.. mane datang perkataan ni ye.. selalunya aku tk berapa suke.. seperti memendekkan ucapan assalamualaikum dan waalaikumussalam. tp rupenye bkn org melayu kita sj yg gune..

kalau nk baca dr sumber y asal --> klik sini

:salam:

:insh: this will be the very first thread in this section of the forum. I'm still unsure if this section is meant for only 13 year olds or if we are supposed to post articles directed at those who are 13 years of age or younger.

Grab Hold!
By: Michelle Al-Nasr
Courtesy of Al-Jumuah Magazine

This is your life. But everyone wants to tell you what to do with it - everyone else seems to think they know what is best for it. But, wait just a minute. It is YOUR life, right?

Yes, that is right, it is. And you have been given free will - the choice - of how you will live it. Parents and teachers can really only offer you guidance, but the ultimate choices you make will be entirely yours.

At the end of the day, you are the plan maker or breaker. You will decide if you will attend college and which career path you will take. You will choose the type of employment position you will take, or turn down. You will decide what friend or spouse you will be; even what type of son or daughter you will end up to your parents. But for now, it seems that no one understands all of the things you are going through and you feel like your problems are too complex to even bother to talk about them. That, or no one really listened to what you are saying.

Everybody wants you to be quiet and just listen. They want to talk AT you, instead of talk TO you. Would it not be great if someone would just listen - I mean, really listen closely to what you have to say, and not just for the moment, but also for the rest of your life? A true friend that you could confide in; someone that you could freely and openly talk to about your opinions, your fears and all of the pressures you deal with everyday. Someone you could cry to when things seem all out of whack and you are stressed out and someone who would not mock you because of it. Someone you could share all of your dreams for now and for the future.

Would not it be great to get away from it all and get some peace from the fast-paced daily life? Some place where you could go and where you would not be judged because of how you look, how wealthy you are, or not, or who your friends are. A place where there would be no social classes, no racism and no hate; a place where you would only be judged for what is in your heart, rather than the brand name on your clothes or by the latest poll on the popular vote. It would be a place that is safe, and that would be your solace, refuge and protection from harm, gossip and ridicule. It would be a place with no groups of jocks and skaters, freaks or gangs.

Well, that place is real and I can tell you where it is. But I hope that it does not come as a surprise, and I hope that you have already found it. But, just in case, if you are wondering how I can be sure that such a place exists, let me first share this with you: The Prophet, sallallahu alayhe wa sallam, said that Allah said, "Seek guidance from Me and I will guide you. O My servants, you sin by night and day, and I forgive all sins. Therefore, seek forgiveness from Me and I will forgive you." (Muslim).

That special place of comfort can be found in the cover of your Salah and each Dua'a.

Abdullah ibn Abbas said, "One day I was with the Prophet, sallallahu alayhe wa sallam, and he said to me, 'Young man, I shall teach you some words (of advice): Be mindful of Allah, and Allah will protect you. Be mindful of Allah, and you will find Him in front of you. If you ask, ask of Allah; if you seek help; seek help of Allah. Know that if the World were to gather together to benefit you only with something that Allah had already prescribed for you, and that if they gather together to harm you with anything, they would harm you only with something that Allah had already prescribed for you. The pens have been lifted and the pages have dried.'" (Tirmithi).

And that friend, the Hearer of All, is your Lord, Allah. The peacefulness you will gain from the remembrance of your Creator is immense and the knowledge and consolation you acquire will fill your heart. He is the One who will always listen to you - any time, any place. He is your Protecting Friend for now and forever. Remember Him, and He will remember you. Be mindful of Him and He will protect you.

It is your life, and He has offered you the rope of salvation. So, grab hold and never let go.

:salam:


****semenjak sudah present hr tu.. aku asyik berhidup dgn~ come on la mi.. jgnla memain*****

Friday, November 24, 2006

hepi2 time

tkde hati nak menulis. tp nk bgtau email mimi_kyoko@yahoo.com dah tk leh access. ym dah tk leh bkk, jg ada byk harta karun berharga dlm tu. blh email ke creamcheese22. email lama yg xgune mane.

p/s : sori pd member2 di ym mimi_kyoko.. rindunye dgn semua.. aaneyo~

Wednesday, October 18, 2006

update

Akhir2 ni br mers coding tu tklah sesusah mn, asalkan terbiasa insyaAllah tk memerengkan kpl. tp y ini sy merefer dkt coding sql. programming lain, asas sm sj, y lainnye syntax dn bende y nk diprogramkan sj. tp dah tentu lain sistem lain level susah die. jd kalau rs nk try buat sistem jgn takut2.. kalau pandai construct database, tkde masalah nk retrieve data. coding tkde ape sgt, y challengingnye nk plan database dn jg memikirkan content sistem. kalau user dh specify requirement tkde masalah.

Waktu nk menghidang utk berbuka puasa hr tu, lapikla dulu pinggan2 lauk tu dgn surat kabar, terglance psl Global Soft. time nk gune paper barula nk baca mcm2 cerita. company ni buat sistem utk monitor fun fair, tp dah tentula byk lg customer die utk bisnes y lain. sistem fun fair sj ada 12 customer d m'sia dan 5 di luar negara. dijual dgn hrga 2000, 5000, 80 000 dn lebih pn ada. nk cipta sistem y satu dunia blh gune, ape lg ye..?

dah lama tk access blog ni, nk login pn smpi 2x masuk password. oh ye, br2 ni mcm2 jalil download dkt bitcomet. membuatkn si kamil famous di rumah ini. sendiri pn tiba2 sgt teruja dgn 3D studio max. so pilihla multimedia ke sistem? bosan ah sistem [ http://kamilstudios.net.tf/ ]

Monday, September 25, 2006

Manhaj Hidup Muslim (samb)

MEMAHAMI ISI AL-QURAN DAN MEMATUHINYA ADALAH WAJIB

Seandainya anda melihat orang yang sedang sakit membuka buku tentang perubatan dan mengira bahawa dengan membacanya ia akan dapat sembuh dari penyakitnya, maka apa yang dapat anda katakan tentang orang itu? Tentu anda akan mengatakan bahawa orang tersebut adalah orang yang tidak siuman dan harus dikirim ke rumah sakit jiwa? Akan tetapi tidakkah anda sedar bahawa anda sendiri melakukan hal yang sama kepada buku yang dikirimkan oleh Doktor terpandai untuk menyembuhkan penyakit-penyakit anda? Anda hanya membacanya saja dan mengira bahawa dengan membacanya begitu saja, semua penyakit anda akan hilang. Anda mengira bahawa anda sudah cukup dengan membacanya saja, tidak perlu untuk menuruti petunjuk-petunjuk yang terkandung di dalamnya, tidak pula penting untuk menghindari bahaya seperti yang dikatakannya. Maka, mengapa anda tidak memberikan penilaian yang sama kepada diri anda sendiri seperti yang anda berikan kepada orang yang mengira bahawa dengan membaca buku perubatan saja adalah cukup untuk menyembukan penyakit?

Kalau anda menerima surat dalam bahasa yang tidak dimengerti, tentu anda mencari orang yang mengerti bahasa tersebut sebelum untuk mengetahui isinya. Anda tidak merasa tenang sebelum anda mengetahui isi surat tersebut. Begitulah yang anda lakukan terhadap surat-surat dagang yang mungkin akan memberikan keuntungan yang sedikit bagi anda. Akan tetapi surat yang dikirimkan oleh Penguasa dunia kepada anda yang menerangkan semua keuntungan anda di lapangan din, yang menyangkut kehidupan duniawi, anda kesampingkan begitu saja tanpa mencuba untuk memahami isinya. Anda tidak memperlihatkan keinginan untuk mengetahui isinya. Tidakkah ini suatu hal yang mengherankan?

Sekian.. Semoga pengakhiran yang baik untuk kita semua di Ramadhan ini, dan di penghujung nyawa nnti. Amiin

Sunday, September 24, 2006

Manhaj Hidup Muslim

PERLAKUAN DAN SIKAP KITA TERHADAP AL-QURAN

Saudara-saudara sesama Muslim!
Umat Islam adalah satu-satunya umat yang paling beruntung di dunia sekarang ini, kerana mereka memiliki wahyu ALLAH yang terpelihara dalam keadaan utuh dan dalam bentuknya yang asli, bebas dari kekotoran campur tangan manusia. Setiap kata-kata yang ada di dalamnya masih tetap sama dengan waktu ia diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. Namun umat Islam ini juga adalah orang-orang yang paling malang di dunia ini, kerana walaupun mereka memiliki wahyu ALLAH tetapi mereka tidak memperoleh berkat dan manfaat wahyu tersebut, yang sebenarnya tidak terhitung banyaknya itu. Al-Quran diturunkan Allah kepada mereka agar mereka membacanya, memahami isinya dan berbuat menurut petunjuknya. Dan dengan pertolongan kitab ini, mereka disuruh untuk menegakkan pemerintahan di muka bumi ALLAH ini yang berfungsi sesuai dengan hukum ALLAH. Al-Quran datang untuk memberikan kepada mereka kebesaran dan kekuasaan. Ia datang untuk menjadikan mereka wakil ALLAH ang sejati di muka bumi ini. Sejarah telah membuktikan bahawa bilamana mereka(umat Islam) berbuat menurut petunjuk-petunjuk yang terkandung dalam kitab ini, maka kitab ini akan memperlihatkan kemampuannya untuk menjadikan mereka imam dan pemimpin dunia.

Tetapi sekarang, kegunaan Al-Quran bagi mereka hanyalah untuk disimpan di rumah untuk mengusir jin-jin dan hantu-hantu. Mereka menuliskan ayat-ayat Al-Quran pada lembaran-lembaran kertas lalu menggantungkannya pada leher mereka, atau mencelupkannya ke dalam air dan kemudian meminum airnya, dan mereka membaca ayat-ayat Al-Quran tersebut tanpa memahami ertinya, namun mereka mengharapkan untuk memperoleh sesuatu berkat daripadanya. Mereka tidak lagi mencari petunjuk daripadanya untuk mengatur masalah-masalah kehidupan mereka. Mereka tidak lagi menjadikan Al-Quran sebagai pertimbangan untuk mengetahui apa yang harus mereka percayai, apa saja yang harus mereka kerjakan, dan bagaimana mereka harus melakukan transaksi-transaksi. Mereka menjauhi Al-Quran dalam menentukan hukum-hukum apa yang harus mereka ikuti dalam mengikat tali persahabatan dan membuat permusuhan, hak-hak apa yang dimiliki sesama manusia atas diri mereka dan juga hak-hak mereka sendiri atas sesama manusia.


Al-Quran mampu memberikan kepada anda manfaat apa pun yang anda inginkan dan sebanyak mana pun yang anda mahu. Kalau dari Al-Quran, yang anda cari hanya manfaat yang kecil dan remeh, seperti untuk mengusir jin dan hantu-hantu, ubat untuk orang sakit batuk dan demam, kemenangan dalam pengadilan dan berjaya dalam mencari kerja, maka yang anda peroleh, memang hanya hal-hal kecil itu saja. Bila yang anda cari hanya kekuasaan di atas dunia dan penguasaan terhadap alam semesta, maka anda juga akan memperolehnya. Dan kalau anda menginginkan untuk mencapai puncak kebesaran rohani, Al-Quran juga akan membaca anda ke sana. Ini hanyalah soal kemampuan anda untuk mengambil manfaat daripadanya. Al-Quran adalah bagaikan lautan; anda hanya mengambil dua titis daripadanya, padahal, sebenarnya ia mampu memberikan air sebanyak lautan itu sendiri.


Sumber : Manhaj Hidup Muslim, Al-Syahid Sayyid Qutbd an Sayyid Abul A'la Maududi..

Semoga dapat menyuburkan iman di hati di sepanjang Ramadhan ini dengan menjadikan Al-Quran teman terbaik kita. Boleh jadi dalam Al-Quran juga tentu ada ilmu komputer. Segala menda teknologi ni walaupun baru muncul di zaman kita, tapi sudah tentu ia adalah titisan-titisan dari lautan ilmu Allah. Macam mn nk mengaitkan computer dgn Islam.. memberitahu Barat bahawa ia adalah ilmu Allah. Bukan sekadar menumpang segala yang ditemui mereka. Kata Kak Lina dkt UIA tk ksahla buat research/project/master dlm bidang apa, tp kalau related dgn Islam, senang dpt markah tinggi.. Even bidang IT pun mcm tu.. Tak pernah terfikir pn nk buat research y spt itu.

p/s : Islam sedikit bermaruah skrg ini, terima kasih kpd Ahmadinejad.

%$&*@#!

Tengah tunggu pukul 9, nk hntar Mubin ke greenwood, die nk blk kg teman mokwo puasa. Cucu kesayangan katakan. Memang manja sket die tu, nk tunggu aku lahir, 3 tahun gakla die membongsu.. Mak kt, Azim ms kecik pandai bawak diri. Die penah kt "Ayah sayang abg jo, mak sayang mubin.. dia tkde sape sayang".. anak no 2 mmg mcm tu kot.. die sgt baik.. Cepatla kawin zim.. Ms kecik, jo baik dgn ayah, time tu aku belek2 buku karangan die ms darjah 6... "Mak, karangan abg jo ni semua ada ayah.. " ha aa.. mak aku pn perasan. Dah ada sorg baby.. Safiyyah mesti dah gemuk skrg..

(sambungan) Td kawan2 maryam datang rumah, aku pn tgur "hi korang.." semua buat dek je.. "hi mie.." maryam sorg je respond. aku dh tua sangat kot nk join dak2 ni.. akk br 23 la dik. aku pn beransur g jemur kain. ptg ni siti kluar dgn ayah g cari telekung. semalam satu jam die menangis nk solat, tp aku malas nk cari telekung lama die. tulah dah lama tk solat.. telekung pn tk tau kt mane. telekung tu dh lama sgt, aku jahitkan untuk maryam ms awal2 blajar menjahit lps SPM dulu. lepas ni kalau nk menjahit semula, nk belajar buat kemeja.. klu susah sangat, baju Raihan cukup... ni sebenarnye menulis utk ape ni.. Selamat berpuasa semua.. saje lepas gian nk menulis..

p/s : hmm

Friday, September 08, 2006

i'm scared of my life

Anda pernah bc buku 'Jangan bersedih'.. Saya tk ingat di muka surat y mana, ada seorg tokoh berpesan supaya tidak meninggalkan kebiasaan menulis. Katanya menulislah walau satu ayat satu hari. Kalau salah, tolong betulkan.

Klu ingin menulis 'perasaan' anda di hati, tidak menjadi hal. Tetapi buah fikiran yang diilhamkan kepada anda, sama ada untuk mengembangkan perniagaan (ye sy penah bc) atau potensi hidup, mendidik masyarakat, lebih baik ditulis dengan tangan drpd menyimpannya di kepala.

Penulis yang dikurniakan 'wisdom' sangatlah bernasib baik. Cuba bc tentang Al-Farabi. wisdom = hidayah ... actually tq kak lina, juga ttg al-farabi itu, also came from her.

p/s : sbnrnye nk ajak bc tentang solat di post bwh ni..