Friday, March 31, 2006

Menciptakan Perbezaan~

Saat diri kita dibangunkan setiap pagi, barangkali rutin kebiasaan menuju ke bilik air itu yang utama. Diikuti dengan mencuci muka, menggosok gigi dan kemudian mandi. Mungkin juga terus bersiap untuk ke pejabat atau mengejar kuliah jam lapan tanpa sempat mandi. Memadai dengan menyembur minyak wangi sekurang-kurangnya tidak berbau pelik berbanding orang lain. Macam-macam yang dilakukan untuk menampakkan diri bersih dan cantik. Tapi entah berapa kerat yang rajin membersihkan hatinya setiap pagi ia terjaga dari tidurnya. Bukan sahaja setiap pagi, malah siang dan malam, lantas setiap waktu dalam hidupnya.
Bagaimana kita dapat mengetahui keadaan hati? Ataupun kita tidak pernah peduli akan hitam putihnya hati kita? Kerana kotornya ia bukanlah sesuatu yang terzahir dek mata yang memandang. Pernahkah anda merasa setiap detik yang berlalu terasa diri diperhatikan Allah, setiap tindakan yang diambil yang anda peduli adalah redhaNya, tetap bahagia walaupun tiada teman istimewa yang menyintai anda, kerana anda dapat merasai dekatnya Allah dan cintaNya kepada anda. Riangnya hati saat diri terhalang dari melakukan dosa kerana keterikatan hati pada Allah itu yang lebih utama.
Sukarnya mempunyai perasaan seindah ini seandainya hati yang di dalam dada sudah buta. Sepotong ayat dari Al-Quran :
Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan hati itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada. - Surah Al Hajj : ayat 4-6
Bagaimana mungkin hati yang buta dapat memahami antara dosa dan pahala. Mungkin juga sekadar memahami namun tidak mampu lagi membentengi diri dari melakukan dosa. Ia sudah lumpuh dan buta, yang tinggal hanya nafsu yang bermaharajalela kerana hati buta itu tidak lagi kuat untuk menjaga diri. Semakin banyak usia yang ditinggalkan, semakin diri meningkat dewasa, hati yang dulunya cantik dan bersih barangkali sudah sehitam punggung kuali yang di ceruk dapur itu.
Begitulah juga keadaannya hati yang setiap hari mungkin tidak terlepas dari noda-noda hitam yang terbentuk akibat dosa-dosa kita. Seandainya punggung kuali yang hitam itu sangat susah dan mengambil masa yang lama untuk diputihkan, seperti inilah sulitnya jika diri ini dipenuhi dosa. Tidak cukup satu dua macam ibadah untuk bisa menghilangkannya. Semakin banyak kita berbuat salah, semestinya lebih banyak perbuatan baik yang dilakukan untuk membuat diri kita kembali bersih.
Oleh itu, marilah kita menciptakan perbezaan dalam hari-hari yang akan dilalui selepas ini. Setiap pagi baru yang dihadapi, dimulai dengan ucapan syukur kerana dibangunkan Allah, diberikan lagi kesempatan olehNya untuk kita memperbaiki diri dan beramal kepadaNya. Pagi yang akan dimulakan dengan melihat, membaca dan memahami isi Al-Quran seterusnya solat Subuh yang didirikan sesempurnanya. Semoga ingatan kepada Allah di waktu pagi itu akan membawa kepada ingatan kepadaNya di waktu petang dan malam. Seseorang pernah memberitahu saya hebatnya hari-hari anda adalah bergantung kepada bagaimana anda memulakan pagi anda. Perbaiki diri kita setiap hari, kerana kita melakukan kesalahan juga setiap hari.
Semester 2, 2004-2005,
M3-06-02,
UNITEN

Friday, March 24, 2006

24th March

hr tu memberitahu kawan y seorg ni, aku tk blh menulis akhir2 ni..sbb hati berserabut.. hahah papela mie.. well mentertawakan diri sendiri adalah caranye memadamkan rasa tah pape di kpl ni.. 'sy ada pemadam di kpl sy' ….dn skrg ni tgh terbayang muke Kim Su Jin..

tgh sensorg dlm lab ni.. btul2 rs nk balik.. kalaulah dk serumah dgn akk skrg ni, bile2 pn sy blh mengadap tenet tnpa perlu menggosok baju dn tudung dn memandu ke bw..

die sgt baik.. perasaan y sgt rapat y dirasa wktu ni mgkn tk setanding dgn y aku rs dgn org lain, dialah ant org y plg dkt di hati.. kalau bosan buat projek, masing2 menjerit dkt msn.. menjerit? tahla borakla ape y patut.. tk best kalau buat projek die tk online.. well hr ni birthday die.. HEPI BIRTHDAY..

skjb lg nk pg menjemput nadiah dkt main gate dpn tu.. diorg ada dinner mlm ni. Bdk2 UKM rilek je buat dinner kt residence.. dinner ape ye nad

p/s : this is not the reason why i'm blogging....~

Saturday, March 11, 2006

hati dan lelaki..

ada 2 artikel y sy letakkan urlnye di bwh ini.. Terima kasih Sue utk url2 di bwh ini. Selamat membaca

cerita ttg hati--> http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Agama/20060305212857/Article/
Y second tu, bknla ttg lelaki sgt... cume penulisnye adalah lelaki.
Antara perenggan dalam artikel kedua..
Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang
belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Monday, February 27, 2006

Isu Karikatur

x merasa nk ulas.. kalau rs bermanfaat.. terpulang nk terima atau boleh abaikan..

x (2/26/2006 10:44:01 PM): assalammualaikum kak
x (2/26/2006 10:44:02 PM): ada ke?
x (2/26/2006 10:44:07 PM): xfhm lah
x (2/26/2006 10:44:14 PM): akk ckp dlm offline msg
x (2/26/2006 10:44:24 PM): xpyah forward emel?
x (2/26/2006 10:44:35 PM): dpd org tau..biarlah xtau
x (2/26/2006 10:44:41 PM): xfhm lah kak
x (2/26/2006 10:44:46 PM): bley explain skit?

Lara Fabian (2/26/2006 11:12:48 PM): sori x
Lara Fabian (2/26/2006 11:12:52 PM): akk busy sket
Lara Fabian (2/26/2006 11:12:56 PM): mksd akk mcm ni
Lara Fabian (2/26/2006 11:13:05 PM): skrg ni mmgla kt tau isu hina menghina
Lara Fabian (2/26/2006 11:13:05 PM): ni
Lara Fabian (2/26/2006 11:13:10 PM): tp cukupla sekadar kite tau
Lara Fabian (2/26/2006 11:13:21 PM): tkpyh kt nk forward mane sumber2 tu datang
Lara Fabian (2/26/2006 11:13:31 PM): mksd akk kalau dlm email tu ada gmbr y menghina tu
x (2/26/2006 11:13:32 PM): oo
x (2/26/2006 11:13:33 PM): ok
Lara Fabian (2/26/2006 11:13:35 PM): tk yahla kt forward
x (2/26/2006 11:13:46 PM): kira emel ttg isu hina islam tu eh?
Lara Fabian (2/26/2006 11:13:52 PM): jdnye seolah2 kite same je mcm org y publish paper tu
x (2/26/2006 11:13:53 PM): ok
Lara Fabian (2/26/2006 11:13:56 PM): ha
x (2/26/2006 11:14:00 PM): thanks akk tegur
Lara Fabian (2/26/2006 11:14:09 PM): diorg buat bende tu tujuan utk hina + publish kasi org islam marah
Lara Fabian (2/26/2006 11:14:16 PM): then kt pn dlm kt tk sedar
Lara Fabian (2/26/2006 11:14:29 PM): kt pn buat bende y sama
x (2/26/2006 11:14:35 PM): betul gak kan?
Lara Fabian (2/26/2006 11:14:36 PM): padahal niat asal bukan kt nk sebarkan
x (2/26/2006 11:14:39 PM): thanks bebyk
Lara Fabian (2/26/2006 11:14:43 PM): awk fhmkan
x (2/26/2006 11:14:49 PM): fhm sesgt
Lara Fabian (2/26/2006 11:14:51 PM): cube bygkan
Lara Fabian (2/26/2006 11:14:59 PM): kalau email tu sampai dkt
Lara Fabian (2/26/2006 11:15:03 PM): bdk2 kecik
Lara Fabian (2/26/2006 11:15:05 PM): y tk fhaam
Lara Fabian (2/26/2006 11:15:16 PM): nnti takut2 diorg terbayng2 nila muke nabi
Lara Fabian (2/26/2006 11:15:23 PM): smpi diorg besar nnti
x (2/26/2006 11:15:25 PM): betul juga
Lara Fabian (2/26/2006 11:15:29 PM): akk pn tk sggup nk tgk
Lara Fabian (2/26/2006 11:15:31 PM): sekadar tau je
Lara Fabian (2/26/2006 11:15:36 PM): tp tk penah tgk pn karikatur tu
x (2/26/2006 11:15:40 PM): terma ksh bebyk
Lara Fabian (2/26/2006 11:15:45 PM): eh tkpe
x (2/26/2006 11:15:59 PM): satu ilmu yg amt berguna
Lara Fabian (2/26/2006 11:16:00 PM): cume akk terfikir
Lara Fabian (2/26/2006 11:16:08 PM): ni cara halus diorg
Lara Fabian (2/26/2006 11:16:15 PM): konon2 nye bangkitkan kemarahan kite
Lara Fabian (2/26/2006 11:16:23 PM): then kt pn nk tunjuk y kite ni sensitif dan marah
Lara Fabian (2/26/2006 11:16:28 PM): so kite pn distribute karikatur tu
Lara Fabian (2/26/2006 11:16:40 PM): pdhal mmgla niat kite baik
Lara Fabian (2/26/2006 11:16:58 PM): tp kite pn buat keje y sama dgn diorg... cume cara y lain
x (2/26/2006 11:17:06 PM): a'ah lah akk
x (2/26/2006 11:17:16 PM): pndai kan mereka ni punya perncngn
Lara Fabian (2/26/2006 11:17:27 PM): aa
Lara Fabian (2/26/2006 11:17:32 PM): kalau btul ape y akk bgtau ni
Lara Fabian (2/26/2006 11:17:38 PM): awk terima la kalau nk terima
Lara Fabian (2/26/2006 11:17:47 PM): terfikir ni pn
Lara Fabian (2/26/2006 11:17:50 PM): ms akk nye usrah
Lara Fabian (2/26/2006 11:17:56 PM): kitorg bincang bende ni
Lara Fabian (2/26/2006 11:18:01 PM): mmg tkde ape y kite blh buat
x (2/26/2006 11:18:02 PM): bgs lah camtu
Lara Fabian (2/26/2006 11:18:05 PM): tp delete je la
Lara Fabian (2/26/2006 11:18:07 PM): email tu
Lara Fabian (2/26/2006 11:18:08 PM): kalau dpt
x (2/26/2006 11:18:10 PM): kita sama2 kongsi
Lara Fabian (2/26/2006 11:18:18 PM): ataupun forward blk dkt org y forward tu
Lara Fabian (2/26/2006 11:18:23 PM): bgtau die
Lara Fabian (2/26/2006 11:18:27 PM): tkyahla nk forward2
x (2/26/2006 11:18:37 PM): thanks sesgt
x (2/26/2006 11:18:43 PM): x hargai sesgt
x (2/26/2006 11:18:55 PM): klu x ada bg emel yg akk rasa xsesuai
x (2/26/2006 11:18:59 PM): akk tegur je tau
Lara Fabian (2/26/2006 11:19:05 PM): aa insyaALLAH
Lara Fabian (2/26/2006 11:19:16 PM): akk tk penah forward2 email atau msg
Lara Fabian (2/26/2006 11:19:19 PM): y pd akk meragukan
Lara Fabian (2/26/2006 11:19:28 PM): kecuali bende2 y awk forward dkt akk
Lara Fabian (2/26/2006 11:19:32 PM): sbb slalu y akk dapat
Lara Fabian (2/26/2006 11:19:35 PM): adalah msg2 y
Lara Fabian (2/26/2006 11:19:51 PM): kalau bertasbih sekian2, baca sekian2... then forward.. rezeki anda akan bertambah
Lara Fabian (2/26/2006 11:19:55 PM): duit akan bertambah
Lara Fabian (2/26/2006 11:20:00 PM): y tu akk betul2 tk suke
x (2/26/2006 11:20:07 PM): tu la pasal
Lara Fabian (2/26/2006 11:20:10 PM): dn mmgla blh rosak akidah
x (2/26/2006 11:20:16 PM): x rasa x xpernh kan forward mcm tu
x (2/26/2006 11:20:20 PM): sbb x pun xsuka
Lara Fabian (2/26/2006 11:20:25 PM): aa
Lara Fabian (2/26/2006 11:20:31 PM): y awk forward semua y akk suke

Thursday, February 23, 2006

Mereka memahami matlamat hidup, mereka mendapat apa yang mereka cari, dan mereka sudah menyelami dasar hidup

Saturday, February 11, 2006




hmm terasa nk ketawa atau tercengang? aku dulu dh puas ketawa baru termenung panjang dgn hidup adik ini.. kalau ada kesempatan kite jmpe, akk belanja awk aiskrim.. dn makan pizza

p/s : email usang.. dah terlalu lama

Wednesday, February 08, 2006

i feel the same..its everyday..i'm in this place..i feel this way~~

Sunday, February 05, 2006

menulis lagi

akhir2 ni tk merasa nk menulis... tapi hari ini seperti mendapat 'tenaga' baru y barangkali mendorong jari ini utk menulis lagi. Bile bercerita ttg semangat dan keazaman, aku seringkali terfikir beruntungnya org y terus-terusan boleh berhidup dgn diri sendiri.. maksudnya tdk membutuhkan org lain utk merasa gembira dan m'jd punca tercetusnya semangat utk meneruskan kehidupan dgn baik..
berhidup dgn diri sendiri? kadang2 terfikir aku adalah org y spt itu.. mak kate aku mempunyai hati y cekal.. alhamdulillah selama ini telah bnyk diberikan 'kekuatan' olehNya dan bermohon 'kekuatan' itu sentiasa ada.. tp ada jg masanya seolah2 kekuatan itu beransur pudar sehingga membuatku tdk mengenal diriku..
hari ini mendapat kekuatan lagi dgn membaca.. eramuslim.. terima kasih kepada penulis2 dari seberang.. m'punyai seseorg y boleh memotivasikan, menenangkan dan menggembirakan hati mgkn adalah hadiah plg bermakna dlm hidup ini.. surah ar-rum ayat 21.. hihih aku hanya punya diri sendiri..
p/s : apa akibatnye selalu memegang mata? nk tau cube sendiri.. ah ini dh kali kedua

Sunday, January 08, 2006

Al-Quran itu pencemburu. Ia akan meninggalkan org y meninggalkannya

Bulan Ramadhan memang telah lewat. Tapi kesejukan malam-malam di bulan itu, boleh jadi masih terasa di antara kita. Jika kita sebagai Muslim Mesir, kita pasti mengenal salah seorang imam Masjid yang sangat digemari oleh para jamaah. Dia adalah Syaikh Muhammad Jibril. Ia ulama al-Qur'an yang namanya tertambat di dalam hati jutaan kaum Muslimin di Mesir. Adalah malam-malam indah yang begitu berkesan, bila seorang Muslim bisa berdiri mengikuti shalat tarawih yang dilakukannya di Masjid Amr bin al-Ash di Kairo. Karenanya, ribuan orang selalu berusaha berada di masjid, mendengarkan alunan tilawah al-Qur'annya sebagai imam, dan mengamini do'a serta munajat yang diucapkannya di dalam shalat tarawih.

Sebenarnya dia tidak hanya mengimami jamaah masjid di Mesir, tapi kerap bertandang ke berbagai negara dan memimpin shalat berjamaah dengan suaranya yang sangat baik dalam membaca al-Qur'an. Syaikh Muhammad Jibril, adalah salah satu ulama al-Qur'an yang begitu lekat dalam hati umat Islam Mesir saat ini. Berikut petikan dialog yang dilakukan oleh Islamonline bersama Syaikh al-Qur'an ini:

Bagaimana anda belajar al-Qur'an, hukum dan bacaannya, dan bagaimana anda memelihara hafalan dan bacaan al-Qur'an?
Aku belajar dan menghafal al-Qur'an, mempelajari hukum-hukumnya melalui kitab-kitab tradisional di salah satu desa di distrik Qalyubiya. Ketika itu aku berguru dari Syaikh Amin Sulaiman rahimahullah. Dan hingga kini aku masih berusaha membaca dan menghafal al-Qur'an. Yang terpenting dalam menghafal al-Qur'an adalah mengulang hafalannya setiap hari dan memperkuat hafalan. Rasulullah saw telah memerintahkan kita untuk hal itu. Beliau bersabda, "Peliharalah hafalan al-Qur'an. Demi Zat yang jiwaku ada di Tangan Nya, sesungguhnya memelihara al-Qur'an itu lebih sulit berada di hati seseorang dari pada lepasnya seekor unta dari ikatannya. Karenanya, al-Qur'an itu mempunyai rasa cemburu. Kecemburuan al-Qur'an adalah ia akan meninggalkan orang yang meninggalkannya. Jika engkau mengabaikan dan melupakannya satu hari saja, ia akan melupakan dan mengabaikan Anda selama satu minggu. Dan jika engkau meninggalkannya selama satu minggu, maka ia akan meninggalkan Anda selama satu bulan.
Bagaimana mungkin seseorang menghafal al-Qur'an dan tidak melupakannya?
Yang harus dilakukan orang yang menghafal al-Qur'an adalah mempunyai agenda harian untuk berjanji dengan dirinya dan di hadapan Allah agar tidak lupa terhadap ayat yang dihafalnya. Terlebih saat sekarang banyak sekali godaan yang mengganggu kita. Aku membaca al-Qur'an ribuan kali dan mengkhatamkannya hampir setiap enam hari sekali. Dan meskipun demikian, ketika aku mengulang membaca, aku masih merasa seperti membacanya pada pertama kali.
Al Qur'an itu tetap saja 'perawan'. Tidak pernah habis keajaibannya. Orang yang mencintai al-Qur'an harus menjadikan al-Qur'an bagian dari agenda hariannya. Agar minimal ada satu juz setiap hari dia mengulangi hafalannya agar tidak lupa. Di samping itu ia juga harus sering mendengar bacaan al-Qur'an untuk memperkuat hafalan. Itu juga dilakukan oleh Rasulullah saw yang gemar mendengar bacaan al-Qur'an dari orang lain. Dan yang penting, seorang Muslim harus memiliki mushaf pribadi yang menjadi rujukan ketika ia membaca dan menghafal al-Qur'an setiap hari. Sehingga ia akan mudah ingat posisi halaman dan ayat ayat yang dibacanya dalam pikirannya. Kemudian ia juga harus mempunyai waktu khusus tertentu untuk mengulang hafalan. Sebaiknya waktu itu adalah waktu fajar karena saat itu adalah saat tenang dan penuh barakah. Benarlah firman Allah swt yang menyebutkan,
"Dan (bacalah) al-Qur'an di waktu fajar, sesungguhnya (membaca) al-Qur'an di waktu fajar adalah disaksikan (para Malaikat)." (QS al-Isra: 78)
Nasihat paling penting dalam hal ini adalah keikhlasan dan kecintaan kepada al-Qur'an. Kedua hal inilah yang akan menjamin pemeliharaan hafalan terhadap al-Qur'an.
Apakah menghafal dan membaca al-Qur'an mempunyai efek bagi prilaku seorang Muslim dalam kehidupannya?
Tentu saja. al-Qur'an mempunyai pengaruh langsung terhadap prilaku seorang Muslim dan akhlaknya. al-Qur'an menjadikannya seperti al-Qur'an berjalan di atas bumi. Artinya, orang yang dekat dengan al-Qur'an akan lebih terpelihara dan lebih terjaga dengan perintah al-Qur'an secara lebih baik dan menghindari larangannya. Singkatnya, orang itu akan berprilaku seolah-olah ada Allah di hadapannya. Karena firman-firman Allah telah tertanam dalam hatinya. Islam telah memberikan contoh baginya yakni Rasulullah saw. yang disebutkan dalam sebuah hadits bahwa akhlaknya adalah al-Qur'an.
Bagaimana caranya agar seorang Muslim bisa membaca al-Qur'an dan tetap dengan memelihara tadabbur dan tafakkurnya terhadap kalamullah?
Seorang Muslim bisa terbantu mentadabburi al-Qur'an yakni dengan mengetahui bahwa Allah tengah berbicara kepada dirinya, dan dirinya. Adakah yang lebih mulia dari perasaan seperti ini? Hendaknya ia berfikir pada perintah Allah, memperhatikan dengan baik ketika al-Qur'an memanggil dirinya dalam ayat-ayatnya. Katakanlah dalam dirimu, apakah aku adalah orang-orang mukmin yang menjadi objek dari firman Allah swt.
Tapi ada banyak orang yang mendengarkan al-Qur'an lalu mereka tidak terpengaruh dengan ayat ayat itu. Kenapa seperti itu?
Ada beberapa sebab yang menyebabkan lenyapnya pengaruh al-Qur'an dari diri orang yang membaca dan mendengarkannya. Tapi sebab utamanya ada dua. Pertama, kurangnya keimanan. Karena jika ada keimanan yang baik dalam hati, pasti anggota tubuh akan tunduk dan mudah lembut ketika mendengarkan ayat-ayat al-Qur'an dibaca. Kedua, banyaknya dosa. Dosa dalam hati itu bisa menghalangi eter pengaruhan seseorang dengan ayat ayat al-Qur'an. Hati memang bisa karatan seperti karatannya besi. Itu yang juga disabdakan oleh Rasulullah saw. Dan ketika sahabat bertanya, apakah yang bisa menghilangkan karat dalam hati? Rasulullah saw menjawab, "Membaca al-Qur'an." (na-str/iol)
p/s : tkkan ada posting terbaru lg sehingga penghujung bln ini harapnya. Jangan lupa bc Al-Quran setiap hari

Saturday, January 07, 2006

Layan biru skjb

ada satu folder dlm comp ni.. dlm tu ada cerita2 best y aku kumpul, artikel2 dan koleksi karya peribadi.. mlm ni pergi menggodek2 folder itu dn t'jumpe dgn file notepad.. funniest.txt..

dalam tu ada sebaris url --> http://funnies.com/message4u.htm try la bukak..

Friday, January 06, 2006

Lavender - Greek - Futsal

Lavender
Saya pernah membicarakan tentang makanan ‘kegembiraan’ kpd beberapa kenalan sebelum ini. Tk tau ape y sy mengarut tapi pernah m’harap kalau2 ada sejenis makanan y dpt menukar mode sedih anda kepada mode gembira secara serta merta.. sy btul2 terfikirkan makanan ini saat berhadapan dgn kemurungan atau kesedihan..

Petang tadi waktu sedang berehat2 melegakan kaki y lenguh di depan TV, sy menukar2 channel TV di ruang tamu kami itu. Tangan sy terhenti menekan butang di TV waktu melihat seorg makcik cina tua ditemubual oleh pengacara sebuah rancangan Cina di TV2. Waktu itu mereka sedang membicarakan tentang makanan.

Pengacara : Ini adalah jeli lavender?
Makcik : Ya
Pengacara : Apakah khasiatnya?
Makcik : Ia menenangkan hati

Oh.. serius? Hebatnya makcik menemui ramuan dan resepi y boleh menenangkan hati.. terima kasih menemukan sy dgn jeli itu.. kalau jeli itu tdk berkesan, kami org Islam ada resepi y sgt mujarab u menenangkan hati

Greek

Dalam lift lps class SPM hari tu, Afniza dan Dhiya m’promote tiket Graduation Dinner kepada Shan. Kemudian Shan tanye brape org y ditarget ke malam dinner tu. Then mereka berdua itu mula bercerita. Ada 60 table, 10 org satu table so jemputannya adalah 600 org. Uish! (terkejut dalam hati) Aku memandang kpd mereka smbil m’WOW di mulutku (silent mode) Shan juga spt terkejut.

Mereka sgt bersungguh mencari muke2 y nk pergi ke dinner malam tu. Harapnye sehingga tarikh ini plg tdk pun mereka b’jy mencari separuh dari jumlah y di atas itu. Kalau tidak, offer sj tiket berharga 90 ringgit itu kepada adik2.. Junior mungkin agak agresif berbanding p’puan2 batch kami. ntahlah.. ke member2 aku je.. Kalau aku lelaki mgkn tk ksah mane nk join bende2 y spt ini, erm kalau kisah pun mgkn berkira dgn tiket y 90 ringgit itu.

Agak kasihan kalau tk ramai yg pergi, sorry tk dpt nk support.. Membayangkan diri sendiri y pergi.. nk pakai ape ye.. org Greek pakai ke baju kurung? Persoalannya bukan adalah pakaian tetapi integrity.. erm ape ni mi? tk faham.. erm aku pun tk faham


Futsal

Aku tk tau skrg ini virus futsal sdg menyerang perempuan2 batch kami. Member2 aku + Geng2 engineering dan campur bdk2 IT sket.. y bkn member2 aku.. Geng kedua itu dgrnya sungguh bersungguh di court futsal Bangi dpn PKNS tu.. smpikan Hajar ‘kekcok2’ ke class SPM keesokan harinya.. ditendang oleh siapa pun tk tau katanya.. Memang best berlari2 dgn bola + curi bola + goalkan bola.. baru aku tau kenapa lelaki sgt gian dgn bola. Kami bermain hanya suka2 mlm itu, tp lps hbs je main bdk2 ni bersungguh membuat plan utk game y seterusnya.. Kwn2ku y sudah berteman masing2 bercerita kpd cik abg mereka.. Tau ape respond mereka? erk tk bagi main lagi.. hahah kenape ye? Pelik ke perempuan main bola? Atau agak kurang manis? Kalaupun bf diorg tu tk bg main, tp mereka itu spt tak berape berkenan gfnye berfutsal.. Tak tau ape respond emakku.. erk.. harapnye itu y terakhir kali utkku..


p/s : Mimi, projek dah mcm mane?

Menjadi Dewasa?

Kepuasan anak kecil mungkin adalah saat ia menerima dan kepuasan orang dewasa barangkali terletak atas makna pemberian. Kita merasa puas bila melihat anak-anak merasa puas. Kita gembira bila mereka tertawa. Kita juga gundah andai hajat mereka tidak terkabulkan. Pemberian tidak harus dinilai atas keupayaan menyediakan keperluan berunsur material walaupun ia antara kebutuhan yang agak tinggi prioritasnya. Memadai dengan perhatian dan masa produktif yang diluangkan saat mereka benar-benar butuhkan kehadiran kita. (ermm.. tak nak mengayat poyo2 lagi)

Siapa yang tak suka hidup dengan kanak-kanak… Siti pun dh besar.. Membesar dalam suasana yang tk sama langsung dengan kitorg yang dah tua2 ni.. Kalau dekat Perak dulu rumah sebijik2.. keliling rumah penuh dgn pokok buah, pokok kayu balak pun ada, dan padang yang ayah buat main golf dengan Pakcik Amir. Kitorang pun join sekaki. Budak2 ni especially zaman Abrar, Maryam, Akhyar dn Siti tkdenye merasa main2 dkt luar rumah. Aku dulu mmg gelap segelap2nye time kecik.. kuat tul main. Takdenye nk lekat dalam rumah.. Bdk2 ni 24 jam mengadap comp. Smpi aku nk gune tenet pn kene main cop2. Takpun kene begging dulu.. request nk interrupt utk 5 minit…

p/s : Posting yang ini sy pernah publish di fotopages, waktu m'bw maryam dn siti ke uniten awl sem dulu.. tapi telah didelete. Mgkn ada y kali kedua m'bc karangan ini. Br ptg td m'jumpai tulisan ini dlm folder projek1 sy (tah mcm mane ada dlm tu)

p/s : Ape bezanya merasa tua vs merasa dewasa vs merasa matang? sgt mengantuk. jika ada kelapangan lain mungkin akan menulis smbgn posting y ini

Tuesday, January 03, 2006

Link ke sana

Kalau ada kesempatan, silalah berkunjung ke blog teman saya y ini.. postingnye y terbaru itu sy pernah berangan ingin menulis perkara yang sama.. dengan approach y hampir sama juge.. tapi sudah ada org lain y menulis dulu.. cerita ttg hati.. sy tidak berniat utk m'paste artikel itu di sini.. Anda boleh ke http://jeni2983.blogspot.com dan baca di sana.. posting bertarikh January 02, 2006
Usrah kami hari itu membicarakan hadith ke-12 :
Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu berkata : Telah berkata Rasulullah s.a.w : Adalah sebaik-baik Islamnya seseorang itu, peninggalannya apa yang tiada mengenainya."
(Hadith hasan diriwayatkan oleh At-Tirmizi)

Saya sgt suke dgn hadith y ini. Kebanyakan ms y kita ada mungkin disibukkan dengan perkara-perkara y tidak perlu. Ntah.. mungkin blh fikir sendiri.. mengingatkan diri sendiri jg..

Saturday, December 31, 2005

Saje

Tersentuh perasaan membaca tulisannya. Jika karya orang yang tidak kukenali yang kukagumi, bukanlah menjadi hal yang besar padaku. Tetapi penulis yang ini sudah bertahun kukenal. Rasanya bercakap pun mungkin tidak pernah, tapi aku banyak mendengar cerita menarik tentangnya. Aku seperti biasalah, ibarat mengenal lelaki adalah seperti melepasi kedai pakaian DKNY, MNG, Padini, Goggles, LEVI’S dan yang seangkatan dengannya. Kedai yang tidak disinggahi oleh orang yang cuma ada koleksi baju kurung dalam almarinya. Sekadar menjeling dan mungkin langsung tidak menoleh. Sekali sekala sahaja membelek dan mendekati pakaian-pakaian tersebut, itu pun kalau diminta kawan untuk menemannya memasuki kedai-kedai yang seperti itu. Harap tidak pening dengan perumpamaan ini. Aku biasa-biasa sahaja dengan lelaki. Kebanyakan masanya hanya berbalas senyuman.

Berbalik kepada cerita temanku. Penulisannya benar-benar menukar mood aku malam ini Sudah lama tak merasa ketawa yang betul-betul ketawa. Sebagai tanda penghormatan atas keupayaannya merubah ekspresi wajahku di waktu ini, mungkin ada sesuatu yang boleh aku tulis tentang pengaruh penulisannya..

Membaca catatan blognya bukanlah perkara kecil bagiku.. hihi kenapa adalah perkara besar pula? Di sini aku berterima kasih padanya membuatku ketawa pada malam ini. Mengapa ini menjadi perkara besar? Dengan ini aku dapat menambah koleksi ingatanku terhadap perkara-perkara yang menggembirakan.. dan mengingat akan perkara-perkara yang menggembirakan boleh memanjangkan umur anda.. (Tk ingat mane aku pernah baca tentang ni.. tak perlu percaya). Membuat orang gembira dengan tulisan anda bukanlah suatu pencapaian dan kejayaan yang kecil. Apatah lagi tulisan yang mampu memberi manfaat kepada orang lain. Memang gembira membaca blog kamu.. dan Terima kasih untuk itu..

p/s : Lelaki kalau menulis, ayatnya pendek-pendek dan simple. Sangat tajam dan mendalam.. juga lucu.. Kepada semua kenalan lelakiku yang kita sekadar mengenal nama, nanti aku jemput ke rumah kalau dah nak kawin nanti.. Jangan lupa menjemput aku juga.. hihi.. kawinnye lambat lagi..

p/s : Sudah agak lama menyimpan karangan yang ini, tk merasa nk publish (sendiri pun rasa tah pape) Aku tujukan juga posting ini kepada semua bloger y dikenali.. Sekarang ini semua semakin maju menulis..

Ulasan :
ntah kenape dgn aku mlm tu sehingga menulis spt itu. Satu soalan. Kenapa perempuan sangat peduli dengan perasaan gembiranya? kalau ada bf.. mungkin tak habis2 menulis ttg bfnye.. bukan semua, tapi ada.. mmg tak tahan.. ;) belum lagi kalau bersuami nanti.. dan bersalin.. Kebanyakan tulisan-tulisan perempuan berorientasikan isu-isu seperti ini. Tak perlu percaya

Friday, December 30, 2005

Perasaan

Diriwayatkan bahwa Abul-Husain An-Nuri berada bersama suatu kumpulan orang banyak, pada suatu undangan. Lalu berjalanlah di antara mereka pembicaraan suatu masalah ilmu. Dan Abul-Husain itu diam sahaja. Kemudian ia mengangkatkan kepalanya dan berpantun di hadapan mereka itu :

Banyaklah burung merpati
Bernyanyi pada waktu pagi
Ia bersedih hati
Lalu bernyanyi pada ranting yang tinggi

Ia teringat akan kesayangannya
Pada masa yang lalu
Ia menangis kerana kesedihannya
Lalu membangkitkan kesedihanku

Maka tangisanku kadang-kadang
Membawa dia tidak tertidur
Dan tangisannya kadang-kadang
Membawa aku tidak tertidur

Kadang-kadang aku mengadu
Tetapi aku tidak dapat memberi pengertian kepadanya
Kadang-kadang ia mengadu
Tetapi kepadaku ia tidak dapat memberi pengertiannya

Kecuali aku
Mengenalinya dengan perasaan
Dan dia juga mengenali aku
Dengan perasaan…


Sumber : m/s 432, Jilid 3, Ihya Ulumiddin, Imam Al-Ghazali
Ada tujuh tafsiran yang dibuat oleh penyair ni tentang pantunnya tu. Tafsirlah mengikut apa yang dirasa oleh hati anda ketika ini.. saya nak mula mengadap projek yang dh berminggu-minggu ditinggalkan

Thursday, December 29, 2005

Tangan

Seingat saya sepanjang pernah tersesat ke blog orang yang tak dikenali, cume sekali sahaja pernah meninggalkan jejak penyinggahan. Maksud saya, menulis comment. Bloger tu saya tk ingat namanya, url blognya juga tak berjaya saya jejaki. Cerita lama. Rasanya dah hampir dua tahun. Kenangan yang tinggal tentang bloger tu hanyalah phrase yang dipostingnye yang saya ambil dan publish pula di blog ini. Phrase tu ditujukan untuk bakal tunangnya, kalau tak silap. Agak menarik.. jadi saya salin ke dalam buku usrah saya...

You know why God created gap between fingers? So that someday the one who is made for you, comes and fill those gaps by holding your hand forever

Dulu waktu tgk orang lain ada blog, tk merasa nk ada blog.. menulis cume di computer sahaja.. Ah macam2 ah, orang main friendster saya tk main.. Bukan ape.. pernah main, mula2 cam best, tapi lama2, tkpe ah.. saya pun mendeletela akaun di sana.. hahah.. daa~

p/s : Tiba-tiba terfikir ada kemungkinan blog ini juga senasib dgn akaun friendsterku..
p/s : Harap tk ‘sengal’ dengan posting yang kali ini.. Saje.. ada org tanye psl posting terbaru, ntah ape nk mengarut.. bye..

Friday, December 23, 2005

Ain..

Ingat dah tak nak menulis lagi untuk posting dlm bulan Disember ni. Nak berehat sekejab dari melayan blog ni sampai Januari nanti. Tapi malam ni, tengah sibuk aku melayan keje report untuk meeting esok, sempat lagi layan chatting dengan Ain. Die kat bilik depan tu je, tp memandangkan kami di bilik masing-masing jadinya berborakla dkt ym ni. Tah apesal die tk tdo lagi.. Dan aku pun, ntah apesal nk membuat entry yang ini..

AIN ALIDA: ok no biggie
AIN ALIDA: aku pun nak gosok gigi
Lara Fabian: no biggie tu ape plk
Lara Fabian: bnyk tul soalan aku

AIN ALIDA: nie ayat feberet mat saleh
AIN ALIDA: konon mcm no big deal la

Lara Fabian: ok best ah ni chat ngan kau
Lara Fabian: dpt vocab baru
Lara Fabian: thanx kawan
Lara Fabian: hahah
AIN ALIDA: byk ayat2 pasar diorg aku pun tak phm
AIN ALIDA: aku suka dgr lps tu aplikasikan

Lara Fabian: hihi
AIN ALIDA: tak gunala klu tau je tp tak pki
Lara Fabian: aku ni pemalu sket
Lara Fabian: hihi aku la tu
AIN ALIDA: salah ke betul janji dah try
AIN ALIDA: leks ar
AIN ALIDA: to me, u r entitle to urslf
AIN ALIDA: org tak leh nak kata apa ko wat salah ke betul
AIN ALIDA: asalkan tak lari jauhla dari hukum agama
Lara Fabian: oh.. ok.. aku belajar sesuatu malam ni
AIN ALIDA: sbb bahasa tu subjektif
AIN ALIDA: tak tepat
AIN ALIDA: dan slalu berubah

Lara Fabian: ok best best
AIN ALIDA: lainla apa yg dlm quran ckp
AIN ALIDA: mana leh ubah2
AIN ALIDA: so, ikut logicla kira klu ckp pasal bahasa nih
AIN ALIDA: also pendapat

Lara Fabian: uish.. ok.. aku dah kate ko bkn calang2 org
AIN ALIDA: aperla ko nih
Lara Fabian: hahaha
AIN ALIDA: nie sume pun pendapat aku jugak
Lara Fabian: best ni kalu letak dkt akunye blog
AIN ALIDA: pendapat ko mungkin berbeza
AIN ALIDA: klu dalam debate pun blum tentu pihak yg menang tu betul
Lara Fabian: ok.. sambung lagi..
AIN ALIDA: klu nak bagi pendapat kita tu berada pada landasan yg betul
AIN ALIDA: kenala kuatkan hujah kita sket
AIN ALIDA: contoh mcm peguam yg pandai berhujah tu

Lara Fabian: ha betul.. tapi susahla klu org y tk pandai berhujah
Lara Fabian: mcm mane nk kt diri die btul
AIN ALIDA: klu peguam tu pandai cong, slmtla dier
Lara Fabian: padahal die btul ni, cume die tk reti nk main hujah2 cemane
AIN ALIDA: tu kiranya mat saleh gak suka concpet nih
AIN ALIDA: the art of lies
AIN ALIDA: pandai mkn pandai simpan

Lara Fabian: hahaha
AIN ALIDA: berani buat berani tanggung
Lara Fabian: ok la ain
Lara Fabian: kite smbg nnti
AIN ALIDA: tu ar
Lara Fabian: hihi
AIN ALIDA: aku pun nak bersugi nih
AIN ALIDA: hohoho

Lara Fabian: hahah
AIN ALIDA: sila sambung wat keje ko ek
Lara Fabian: ko pernah try pakai kayu sugi?
AIN ALIDA: tak penah
Lara Fabian: best tu
AIN ALIDA: tp nak try
Lara Fabian: nnti ah aku bg kau try
AIN ALIDA: tp aku tatau camne nak guna
Lara Fabian: ayah aku blk mekah berbondong2 die bwk blk
Lara Fabian: ko tonyoh je
AIN ALIDA: ooo
Lara Fabian: lagi best dari berus gigi
AIN ALIDA: takyah letak colgate ke
Lara Fabian: zaman nabi dulu mane ada Allah bagi berus gigi+ubat gigi
AIN ALIDA: tak sakit ke kena gusi
AIN ALIDA: tula
Lara Fabian: Allah bagi nabi pakai kayu sugi
AIN ALIDA: zaman dulu kena kreatif
AIN ALIDA: dan inovatif
Lara Fabian: maknanya itu yang paling baik yang Allah dah tunjuk kot
AIN ALIDA: tula islam zaman dulu maju kan
Lara Fabian: kalau tk takdela Allah bagi nabi pakai kayu sugi
AIN ALIDA: skang cam hampeh je
Lara Fabian: hih
Lara Fabian: eh ok ain
AIN ALIDA: ok
Lara Fabian: nnti kite sambung lagi

Bye Ain, harap ko tk ksah aku publish kitenye perbualan ni.. hihi.. erm.. dah siap posting y atas tu, Ain msg lagi..

AIN ALIDA: mie, aku rasa sementara dlm kesyahduan mlm ni masih segar lg, izinkan aku beradu dulu yea
Lara Fabian: hahhaa
Lara Fabian: lawak gile
Lara Fabian: ok
AIN ALIDA: hehe
AIN ALIDA: saje nak ceria kan ko
Lara Fabian: aku sentiasa ceria duk kt umah ni
Lara Fabian: ko jgn risau
Lara Fabian: hihi
Lara Fabian: bye assalamualaikum
AIN ALIDA: wah, bagusla
AIN ALIDA: wkmslm
AIN ALIDA: nite2
Lara Fabian: ok
Lara Fabian: jmpa sok pagi
Lara Fabian: hahah weh kejut subuh
AIN ALIDA: okides
AIN ALIDA: ok
AIN ALIDA: no biggie
Lara Fabian: ok no biggie
AIN ALIDA: hohoh

(Ntah ape y nk ditulis dkt sini..) Bila melihat kepada orang lain, cari dan galilah segala kebaikan dan kelebihan yang ada padanya. Semoga dengan itu kita akan tersenyum saat teringat kepadanya. Lebih baik tersenyum dari anda merasa sakit hati dan benci. Fikir yang baik-baik sahaja tentang orang lain kerana kita juga tidak sempurna.

p/s : Tentang kayu sugi tu, aku quote dari kata-kata abangku Azim.. betul jugak katanya tu..mcm tk tdo je malam ni..

Thursday, December 22, 2005

Dhuha

~TAMBAHI AMAL TINGKATKAN IMAN~
Kerahmatan Allah terhadap hamba²-Nya apabila alam ini berada di waktu fajar. Di ketika inilah kurniaan Allah melimpah ruah hinggakan menjadikan manusia hidup di dalam kesenangan dan kemewahan.
Sebagaimana yang disebut dari Abu Zaid r.a katanya; "Rasulullah SAW melaksanakan solat Dhuha sehingga kita mengira beliau tidak meninggalkannya tetapi jika telah meninggalkannya sehingga kita mengira bahawa beliau tidak pernah mengerjakannya."
Demikianlah kesungguhan Rasulullah SAW mengerjakan solat Dhuha yang ia lakukan meskipun ianya ibadah sunat sahaja. Kalaulah itu keadaannya Rasulullah SAW maka kita sebagai umatnya juga perlu mengerjakan sebagai tanda kecintaan kita terhadap-Nya disamping ada faedah dan manfaatnya.

..Fadhilat..
Rasulullah bersabda yang bermaksud,
"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."
Rasulullah bersabda lagi,
"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."
Dari Nuwas bin Sama'an, Rasulullah bersabda;
"Allah berfirman: Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (yakni solat Dhuha), nanti pasti akan ku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." [Al Hakim dan Thabrani]
Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:
"Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." [Al-Tabrani]

..Doa..
“Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu, dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanla, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu Dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu, dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh."

20 Mac 2005 20:50:00
Semester 2, 2004 -2005
M3-06-02
Uniten.

p/s : Kandungan artikel ini saya copy dan paste dari sumber yang saya lupa untuk m'credit urlnya. Doa itu saya dapati dari Buku Asas-Asas Fardhu Ain, Ustaz Sulaiman Endut. Beliau orang Melawati, pernah menaiki bas yang sama dengannya. Tapi tak berani nak tegur, cuma berani senyum je. Waktu tu saya di Tingkatan empat, rasanya baru pulang dari Jaya Jusco bersama Salima. Tak ingat tahun bile beliau kembali ke rahmatullah, Al-Fatihah untuknya..

p/s yang panjang:
Waktu itu kami (mimi+jalil+mubin) sedang bercerita tentang solat Dhuha, tentang waktunya, tentang fadhilatnya (kelebihan), adakah untuk dimurahkan rezeki atau adanya kelebihan lain. Kemudian tiba-tiba ayah muncul dari dalam biliknya hendak melihat surat-surat yang di atas meja.
Ayah pun memberi respondnya terhadap perbualan kami. Saya tidak ingat ayat penuhnya, tapi maksudnya lebih kurang seperti ini.
Solat Dhuha atau apa jua solat sunat yang kita kerjakan menunjukkan hubungan kita dengan Allah. Antara kita dan Allah. Bukan antara kita+Allah+ganjaran. Tidak perlu berkira dengan ganjaran yang akan diperoleh di sebalik ibadah yang dikerjakan. Kerana ganjaran itu mmg selalu ada untuk anda. Yang penting adalah kesungguhan kita mencari waktu untuk bersama Allah. Kesungguhan itulah yang menjadi kayu pengukur sejauh mana hubungan baik kita dengan Allah sebagai hambaNya.
Kemudian saya terfikir, barangkali Dhuha itu disediakan oleh Allah untuk kita bersamaNya sementara menunggu datangnya Zohor. Kerana waktu antara Subuh dan Zohor itu sangat panjang. Allah rindu untuk bersama kita, tapi kita entah rindukan tidak kepadaNya.
Di dalam usrah malam tadi, kami bercerita tentang hadith pertama dari himpunan 40 hadith utama yang dihimpun oleh Imam Nawawi. Nanti insyaALLAH saya menulis tentang niat pula yang mempunyai perkaitan dengan nasihat ayah saya itu.

p/s lagi : Terima kasih Kak Intan dan Kak Liza. Sudah bertahun menjadi adik usrah mereka.

Wednesday, December 21, 2005

Meneman dan diteman - version 2

Posting yang ini adalah rentetan dari tulisan Meneman dan diteman – version 1

Kalau meneman dalam kes-kes yang seperti ini, kawan perempuan meneman kawan perempuan, isteri meneman suami, atau emak meneman si anak memanglah tidak perlu dipertikaikan. Tapi kalau girlfriend teman boyfriend atau lelaki mahram teman perempuan mahram, macam mane pulak tu? Saya tidak mengatakan anda tidak boleh bertemu dengan pasangan anda. Kalau meneman untuk perkara-perkara yang perlu, mungkin juga tidak menjadi persoalan yang berat. Itu pun haruslah disertai orang ketiga. Yang saya risaukan adalah perlakuan anda sewaktu bersama pasangan anda yang belum sah anda nikahi. Ini adalah isu berat yang mungkin sengaja anda abaikan..

Persoalannya bukan anda tidak tahu itu adalah salah tetapi kerana ia adalah perkara yang menyenangkan bagi nafsu anda. Mungkin satu perkara yang kita lupa, Allah ada tatkala itu. Bagaimana mungkin kita mengabaikan pandangan Allah yang melihat segala gerak laku kita sedangkan apa yang di dalam hati ini pun tidak mampu kita sembunyikan dari pengetahuanNya. Anda risau akan kemungkinan tidak dicintai dan disayangi oleh pasangan anda.. justeru setiap hari anda berusaha menjaga hati pasangan anda, biarpun terpaksa melakukan perkara yang tidak sepatutnya anda lakukan. Tetapi anda tidak ambil peduli adakah perlakuan anda boleh merosakkan hubungan anda dengan Allah pula? Anda risau anda mungkin tidak dicintai dan disayangi oleh pasangan anda.. justeru anda berharap setiap hari agar dia terusan menyintai anda seumur hidupnya. Tetapi sedikitpun anda tidak kisah untuk meminta kepada Allah untuk memelihara dan menyintai anda.

Mohonlah kebaikan dan peliharaan daripada Allah yang Maha Memelihara. Seorang ibu tidak akan memberi susu kepada anaknya yang tidak menangis. Allah juga tidak akan memberikan rahmat dan kebaikan kepada hambaNya seandainya kita tidak mencari dan meminta kepadaNya. Itu adalah ulasan tulisan yang diambil dari buku Manhaj Hidup Muslim. Tidakkah kita ingin menjadi Muslim yang sebenar-benarnya? Menjadi hamba yang dicintai oleh Tuhannya? Jadikanlah Allah peneman kita yang paling utama dan Dia sentiasa ada untuk meneman kita.

Ya Allah, Terima Kasih Kau selalu ada untukku.. Aku bermohon kepadaMu peliharalah diri ini. Jangan pula kau jadikan kasih sayang dan ketakutanku kepada sesuatu yang lain di dunia ini melebihi kasih sayang dan ketakutanku kepadaMu.. Amin.. Wallahua’lam….

p/s: Lain kali akan cuba menulis dengan lebih pendek. Buku Manhaj Hidup Muslim adalah dihimpun kandungannya berdasarkan penulisan Al-Syahid Sayyid Qutb dan Saiyid Abul A’la Maududi. Siapa yang ada buku2 lain tokoh2 hebat ini, mungkin jika tidak keberatan ingin sy pinjam untuk difotokopi.. atau beritahu sahaja di mana anda membelinya, sebab Kak Intan kata buku agama tak elok difotostet.

p/s: Ada seorang teman yang mempunyai ejaan nama Saiyed…katanya memang ejaannya seperti itu.. Melihat ejaan Saiyid teringat kepada namanya pula.. Semoga berhidup dengan baik