Monday, September 25, 2006

Manhaj Hidup Muslim (samb)

MEMAHAMI ISI AL-QURAN DAN MEMATUHINYA ADALAH WAJIB

Seandainya anda melihat orang yang sedang sakit membuka buku tentang perubatan dan mengira bahawa dengan membacanya ia akan dapat sembuh dari penyakitnya, maka apa yang dapat anda katakan tentang orang itu? Tentu anda akan mengatakan bahawa orang tersebut adalah orang yang tidak siuman dan harus dikirim ke rumah sakit jiwa? Akan tetapi tidakkah anda sedar bahawa anda sendiri melakukan hal yang sama kepada buku yang dikirimkan oleh Doktor terpandai untuk menyembuhkan penyakit-penyakit anda? Anda hanya membacanya saja dan mengira bahawa dengan membacanya begitu saja, semua penyakit anda akan hilang. Anda mengira bahawa anda sudah cukup dengan membacanya saja, tidak perlu untuk menuruti petunjuk-petunjuk yang terkandung di dalamnya, tidak pula penting untuk menghindari bahaya seperti yang dikatakannya. Maka, mengapa anda tidak memberikan penilaian yang sama kepada diri anda sendiri seperti yang anda berikan kepada orang yang mengira bahawa dengan membaca buku perubatan saja adalah cukup untuk menyembukan penyakit?

Kalau anda menerima surat dalam bahasa yang tidak dimengerti, tentu anda mencari orang yang mengerti bahasa tersebut sebelum untuk mengetahui isinya. Anda tidak merasa tenang sebelum anda mengetahui isi surat tersebut. Begitulah yang anda lakukan terhadap surat-surat dagang yang mungkin akan memberikan keuntungan yang sedikit bagi anda. Akan tetapi surat yang dikirimkan oleh Penguasa dunia kepada anda yang menerangkan semua keuntungan anda di lapangan din, yang menyangkut kehidupan duniawi, anda kesampingkan begitu saja tanpa mencuba untuk memahami isinya. Anda tidak memperlihatkan keinginan untuk mengetahui isinya. Tidakkah ini suatu hal yang mengherankan?

Sekian.. Semoga pengakhiran yang baik untuk kita semua di Ramadhan ini, dan di penghujung nyawa nnti. Amiin

Sunday, September 24, 2006

Manhaj Hidup Muslim

PERLAKUAN DAN SIKAP KITA TERHADAP AL-QURAN

Saudara-saudara sesama Muslim!
Umat Islam adalah satu-satunya umat yang paling beruntung di dunia sekarang ini, kerana mereka memiliki wahyu ALLAH yang terpelihara dalam keadaan utuh dan dalam bentuknya yang asli, bebas dari kekotoran campur tangan manusia. Setiap kata-kata yang ada di dalamnya masih tetap sama dengan waktu ia diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. Namun umat Islam ini juga adalah orang-orang yang paling malang di dunia ini, kerana walaupun mereka memiliki wahyu ALLAH tetapi mereka tidak memperoleh berkat dan manfaat wahyu tersebut, yang sebenarnya tidak terhitung banyaknya itu. Al-Quran diturunkan Allah kepada mereka agar mereka membacanya, memahami isinya dan berbuat menurut petunjuknya. Dan dengan pertolongan kitab ini, mereka disuruh untuk menegakkan pemerintahan di muka bumi ALLAH ini yang berfungsi sesuai dengan hukum ALLAH. Al-Quran datang untuk memberikan kepada mereka kebesaran dan kekuasaan. Ia datang untuk menjadikan mereka wakil ALLAH ang sejati di muka bumi ini. Sejarah telah membuktikan bahawa bilamana mereka(umat Islam) berbuat menurut petunjuk-petunjuk yang terkandung dalam kitab ini, maka kitab ini akan memperlihatkan kemampuannya untuk menjadikan mereka imam dan pemimpin dunia.

Tetapi sekarang, kegunaan Al-Quran bagi mereka hanyalah untuk disimpan di rumah untuk mengusir jin-jin dan hantu-hantu. Mereka menuliskan ayat-ayat Al-Quran pada lembaran-lembaran kertas lalu menggantungkannya pada leher mereka, atau mencelupkannya ke dalam air dan kemudian meminum airnya, dan mereka membaca ayat-ayat Al-Quran tersebut tanpa memahami ertinya, namun mereka mengharapkan untuk memperoleh sesuatu berkat daripadanya. Mereka tidak lagi mencari petunjuk daripadanya untuk mengatur masalah-masalah kehidupan mereka. Mereka tidak lagi menjadikan Al-Quran sebagai pertimbangan untuk mengetahui apa yang harus mereka percayai, apa saja yang harus mereka kerjakan, dan bagaimana mereka harus melakukan transaksi-transaksi. Mereka menjauhi Al-Quran dalam menentukan hukum-hukum apa yang harus mereka ikuti dalam mengikat tali persahabatan dan membuat permusuhan, hak-hak apa yang dimiliki sesama manusia atas diri mereka dan juga hak-hak mereka sendiri atas sesama manusia.


Al-Quran mampu memberikan kepada anda manfaat apa pun yang anda inginkan dan sebanyak mana pun yang anda mahu. Kalau dari Al-Quran, yang anda cari hanya manfaat yang kecil dan remeh, seperti untuk mengusir jin dan hantu-hantu, ubat untuk orang sakit batuk dan demam, kemenangan dalam pengadilan dan berjaya dalam mencari kerja, maka yang anda peroleh, memang hanya hal-hal kecil itu saja. Bila yang anda cari hanya kekuasaan di atas dunia dan penguasaan terhadap alam semesta, maka anda juga akan memperolehnya. Dan kalau anda menginginkan untuk mencapai puncak kebesaran rohani, Al-Quran juga akan membaca anda ke sana. Ini hanyalah soal kemampuan anda untuk mengambil manfaat daripadanya. Al-Quran adalah bagaikan lautan; anda hanya mengambil dua titis daripadanya, padahal, sebenarnya ia mampu memberikan air sebanyak lautan itu sendiri.


Sumber : Manhaj Hidup Muslim, Al-Syahid Sayyid Qutbd an Sayyid Abul A'la Maududi..

Semoga dapat menyuburkan iman di hati di sepanjang Ramadhan ini dengan menjadikan Al-Quran teman terbaik kita. Boleh jadi dalam Al-Quran juga tentu ada ilmu komputer. Segala menda teknologi ni walaupun baru muncul di zaman kita, tapi sudah tentu ia adalah titisan-titisan dari lautan ilmu Allah. Macam mn nk mengaitkan computer dgn Islam.. memberitahu Barat bahawa ia adalah ilmu Allah. Bukan sekadar menumpang segala yang ditemui mereka. Kata Kak Lina dkt UIA tk ksahla buat research/project/master dlm bidang apa, tp kalau related dgn Islam, senang dpt markah tinggi.. Even bidang IT pun mcm tu.. Tak pernah terfikir pn nk buat research y spt itu.

p/s : Islam sedikit bermaruah skrg ini, terima kasih kpd Ahmadinejad.

%$&*@#!

Tengah tunggu pukul 9, nk hntar Mubin ke greenwood, die nk blk kg teman mokwo puasa. Cucu kesayangan katakan. Memang manja sket die tu, nk tunggu aku lahir, 3 tahun gakla die membongsu.. Mak kt, Azim ms kecik pandai bawak diri. Die penah kt "Ayah sayang abg jo, mak sayang mubin.. dia tkde sape sayang".. anak no 2 mmg mcm tu kot.. die sgt baik.. Cepatla kawin zim.. Ms kecik, jo baik dgn ayah, time tu aku belek2 buku karangan die ms darjah 6... "Mak, karangan abg jo ni semua ada ayah.. " ha aa.. mak aku pn perasan. Dah ada sorg baby.. Safiyyah mesti dah gemuk skrg..

(sambungan) Td kawan2 maryam datang rumah, aku pn tgur "hi korang.." semua buat dek je.. "hi mie.." maryam sorg je respond. aku dh tua sangat kot nk join dak2 ni.. akk br 23 la dik. aku pn beransur g jemur kain. ptg ni siti kluar dgn ayah g cari telekung. semalam satu jam die menangis nk solat, tp aku malas nk cari telekung lama die. tulah dah lama tk solat.. telekung pn tk tau kt mane. telekung tu dh lama sgt, aku jahitkan untuk maryam ms awal2 blajar menjahit lps SPM dulu. lepas ni kalau nk menjahit semula, nk belajar buat kemeja.. klu susah sangat, baju Raihan cukup... ni sebenarnye menulis utk ape ni.. Selamat berpuasa semua.. saje lepas gian nk menulis..

p/s : hmm

Friday, September 08, 2006

i'm scared of my life

Anda pernah bc buku 'Jangan bersedih'.. Saya tk ingat di muka surat y mana, ada seorg tokoh berpesan supaya tidak meninggalkan kebiasaan menulis. Katanya menulislah walau satu ayat satu hari. Kalau salah, tolong betulkan.

Klu ingin menulis 'perasaan' anda di hati, tidak menjadi hal. Tetapi buah fikiran yang diilhamkan kepada anda, sama ada untuk mengembangkan perniagaan (ye sy penah bc) atau potensi hidup, mendidik masyarakat, lebih baik ditulis dengan tangan drpd menyimpannya di kepala.

Penulis yang dikurniakan 'wisdom' sangatlah bernasib baik. Cuba bc tentang Al-Farabi. wisdom = hidayah ... actually tq kak lina, juga ttg al-farabi itu, also came from her.

p/s : sbnrnye nk ajak bc tentang solat di post bwh ni..

Thursday, September 07, 2006

SOLAT KITA...

Memikirkan tentang y ini, kita mmg seharusnya risau...kan

UMAT ISLAM TAK SOLAT

Percaya ke kita bila disebutkan bahawa hanya 1 atau 2% sahaja umat Islam yang sembahyang? Kalau kita tak percaya maknanya mungkin kita belum faham makna sembahyang. Bila kita tanya budak kecil apa itu sembahyang, dia jawab, sembah Tuhanlah!.Betullah tu, pandai pun dia jawab.

Kita tanya pula diri kita yang dah dewasa ini, betul ke kita dah sembah Tuhan bila kita sembahyang? Sebagai panduan, berikut adalah 9 golongan manusia dalam hal sembahyang. Yang betul-betul boleh dikira sembahyang ialah kategori 7,8 dan 9 sahaja. Yang lain itu hakikatnya termasuk dalam golongan 98 atau 99% yang tak sembahyang...takut juga kita dibuatnya

1. Golongan yang langsung tidak bersembahyang dan menolak perintah sembahyang.

Mereka ini namanya saja Islam, tetapi memang tak mahu sembahyang. Malah tak tahu pun macam mana hendak sembahyang dan tak ambil peduli langsung tentang sembahyang. Mengikut Hadis, mereka ini dihukum sebagai kufur. Kalau dah kufur...confirmlah kekal selama-lamanya dalam Neraka...waliauzubillah.

2.Golongan yang bersembahyang tanpa ilmu sembahyang.

Mereka ini sembahyang sebab terikut-ikut orang lain sembahyang.Tetapi yang sebenarnya, tak tamat ilmu sembahyang pun. Mereka ini tidak tahu yang mana satu rukun dan yang mana satu sunat. Bacaan pun tak betul, yang panjang jadi pendek dan yang pendek jadi panjang. Sah batalnya tidak tahu, bab bersuci pun tidak beres lagi. Sembahyang begini tentulah tidak diterima ALLAH SWT. Macamlah orang yang bagi jawapan tak betul dalam exam, mana cikgu nak luluskan. Tak passlah jawabnya!

3.Golongan yang ada ilmu sembahyang tetapi tak kuat nak lawan nafsu.

Mereka ini lulus subjek Pengetahuan Agama Islam, kadang-kadang boleh score A1 lagi. Tapi bila Brazil masuk World Cup final, sembahyang pun qada'.Kadang-kadang terlepas waktu kerana sibuk sangat buat kerja nak cari duit. Kalau sembahyang pun, sembahyang exercise sahaja. Tonggang tonggek untuk lancarkan peredaran darah tapi fikiran mereka boleh round seluruh dunia. Mereka ini golongan yang fasik atau zalim. Untuk mudah nak faham, mereka ini golongan Islam yang jahat. Macam mana yang dikatakan jahat? Mengadap Tuhan boleh lagi nak main-main...kalau depan raja pun orang dah kata biadap, inikan pula depan Tuhan, Raja segala raja.Mereka ini kalau tak merayu minta ampun, alamatnya akan dihalau dari istana raja (kalau dengan Tuhan - Syurgalah) Kalau dah dihalau dari Syurga, kemana agaknya kita kena pergi, sudah tentu semua dah maklum!

4. Golongan yang lalai dalam sembahyang

Mereka ini satu tangga lebih baik dari yang tadi. Mereka dah tak main qada' sembahyang. Kadang-kadang bila frust atau dalam keadaan stress, cukup rajin pula sembahyang jemaah dimasjid atau di surau. Orang sangka mereka ini orang baik-baik, tetapi sebenarnya belum lagi. Kalau kita nak tahu, diwaktu sembahyang hati dan fikiran mereka selalu melayang teringatkan problem yang masih tak selesai. Contohnya bergaduh dengan isteri, ceti dah datang, kunci hiang dll. Kadang-kadang sungguh hebatnya sampai teresak-esak menangis dalam sembahyang. Bukan tangiskan dosa dan takutkan Tuhan tapi sebab melayan perasaan sendiri. Dan ada dikalangan mereka yang lebih hebat lagi, bila bagi salam, kunci pun dapat! Memang tepatlah kalau mereka ini dikatakan golongan yang lalai.Mereka ini termasuk juga golongan yang biadap dengan Tuhan, macam orang yang berdepan dengan raja tapi buat hal sendiri. Raja tetap marah kerana tidak dihormati. Di Akhirat nanti, tempat mereka ialah di Neraka Wail, waliauzubillah.

5.Golongan yang sembahyang tarik tali.

Mereka ini lebih baik sikit dari yang di atas iaitu sentiasa tarik tali antara ingat bacaan sembahyang dengan tidak. Kadang-kadang ingat, kadang-kadang lalai. Macamlah orang yang ada penyakit amnesia (hilang ingatan). Kejap sedar, kejap tak sedar. Baru cakap separuh jalan, dah pengsan. Kalau raja rasa yang penyakit ini dah teruk, tentu raja suruh dia tinggal di hospital agar penyakitnya boleh di"rawat ".Kalau masih terkawal, ada peluang juga tinggal di kalangan tetamu raja. Jadi, golongan ini walaupun bersembahyang tapi belum selamat. Sebab terpulanglah kepada Tuhan, macam mana Than nak beri 'markah'. Golongan ini bila sedar, hendaklah banyak meminta ampun kepada ALLAH, moga-moga ALLAH terima mana-mana bahagian sembahyang yang dia ingat, manakala yang lalai tidak dikira. Disamping itu, hendaklah mereka terus tingkatkan kualiti sembahyang mereka.

6.Golongan yang tidak memahami sepenuhnya maksud bacaan dalam sembahyang.

Mereka ini fikirannya tidak lagi melilau-lilau atau bertarik tali dalam sembahyangnya. Mereka dah boleh beri tumpuan pada bacaan-bacaan dan lafaz-lafaz yang diucap dalam sembahyang. Sembahyang mereka pun nampak cantik dan sempurna. Kalau baca Fatihah, kalah lidah orang Arab, tetapi tak ubah macam duit palsu sahaja. Nampak macam yang original tapi tak ada nilai apa-apa. Mereka ini sebenarnya tak faham apa yang dibaca...dan tak nak pula belajar makna bacaan sembahyangnya. Nak khusyuk macam mana?... memanglah impossible! Inilah golongan awamul muslimin. Golongan ini juga belum selamat. Kalau di depan raja, mereka ini ibarat burung kakak tua yang tak faham apa yang diperkatakannya. Manusia yang berperangai burung kakak tua didepan Tuhan, manalah Tuhan suka!

7.Golongan yang selamat.

Mereka bersembahyang dengan tepat sebagaimana yang dikehendaki ALLAH. Selain sembahyangnya tepat secara zahir, fikiran dan hatinya dapat ditumpukan sepenuhnya kepada sembahyang. Faham pula apa yang diucapkan dalam sembahyang.
Kalau di istana, mereka inilah yang layak jadi tetamu raja. Mereka berkelakuan sopan dan pandai menghormati raja. Raja pun suka pada mereka.Raja tidak berat hati nak offer duduk lama-lama dalam istananya. Golongan ini selamat di dunia dan di Akhirat dan dapat masuk Syurga.Mereka inilah yang dikatakan orang-orang soleh.

8.Golongan muqarrabin

Mereka bukan sahaja khusyuk dalam sembahyang, tetapi dapat juga rasa lazat dalam sembahyang, lebih lazat dari makan sate Kajang. Bila baca tentang azab ALLAH, kecut hati dan perut mereka.Bila baca tentang rahmat ALLAH, hati mereka cukup tenang dan gembira. Mereka benar-benar dapat menjiwai sembahyang mereka. Darjat mereka ini lebih tinggi dari golongan 7. Kalau di istana raja, mereka ibarat pekerja-pekerja yang setia dengan raja. Bukan saja mereka memuliakan raja, bahkan semua titah raja dilaksanakan dengan sungguh-sungguh dan rasa seronok. Tak bagi gaji pun tak apa, asalkan dapat berkhidmat kpd raja. Orang begini, memanglah boleh terus menerus duduk di dalam istana. Nak keluar masuk istana, tak payah soal siasat. Cukup tunjukkan punch card. Malah raja bagi pula kemudahan-kemudahan istimewa untuk mereka. Di Akhirat nanti, mereka bukan sahaja selamat, tetapi tidak banyak dihisab di Padang Mahsyar. Mereka ini bukan sahaja tidak melakukan perkara yang haram dan makruh, malah yang harus juga dijadikan ibadah.

9. Golongan siddiqin

Golongan ini golongan yang luar biasa. Mereka ini bukan kena paksa diri untuk sembahyang tetapi betul-betul seronok nak sembahyang. Bukan rasa lazat sahaja, tetapi sangat terhibur dan begitu asyik mahsyuk kpd ALLAH sewaktu sembahyang (macam orang yang sedang memadu cinta) Mereka ini terdiri dari kalangan para rasul dan anbia' ALLAH. Mereka ini ibarat menteri-menteri dan panglima raja. Mereka boleh rasa terhibur kalau terpaksa gadaikan nyawa sendiri untuk selamatkan raja. Mana raja tak sayangkan mereka!. Keluar masuk istana langsung tidak diperiksa. Malah banyak keistimewaan yang dianugerahkan raja kpd mereka.Nasib mereka di Akhirat tak payahlah nak dicerita. Merekalah yang menjadi wakil Tuhan untuk selamatkan manusia.

Source : http://aimanfarhani.blogdrive.com/

Monday, August 28, 2006

........

Walau betapa cantik seorang wanita, anda akan berasa dia biasa sahaja jika bertembung setiap masa. Apa yang lebih penting adalah perasaan itu. Anda pasti akan mencari seorang jodoh yang akan menurut apa saja kehendak anda dan juga lebih mencintai anda. Jika anda menjumpai jodoh yang cantik tetapi berlagak seperti Ah Ho percayalah, anda pasti akan menyesal kemudian hari
mengarut saja.. balik kg lg mlm ni.. end

Tuesday, August 15, 2006

Hi - Melawatians - KiteBerkawanSetiapHari

hi
dah lama tk menulis. sementara comp tgh tkde ni, blhla nk menulis sikit. comp rosak lg. kali ni smpi 5 kapasitor dkt motherboard tu dh menggelembung2 dan ada y dh terbakar. dh 3 hr aku tdo dan bgun dgn system flow & function y makin bertambah2 utk projek tu. ok jgk tgn ni berehat dr menaip coding. asyik review sistem flow dn gatal nk tambah2 function baru. jd mastermind utk develop sistem dari jd kuli menaip coding baikla pilih y first tu. aku dh naik risau bile sistem ni nk siap, rasa cam dah byk buat tp byk jgk y tk siap. janji dgn mak ayah hr tu hbs bln 7 setel la projek ni. hahah sorila ayah.. tk siap lg. ayah aku skrg ni sgt rajin. "mehla sy gosokkan" , "tk payah, awk berehat.. g buat projek nuh" erk rs sgt lucu.. kemudian tension skjb
Melawatians
"Fauzatul!", "eh Fauzatul!" hahah dah lama tak dgr name ni. kalau di uniten si afadh dan esoh je y panggil name ni. tp kalau mimah, oh y ini kalau isma dan hajar y jerit mmg best. budak2 di melawati ni tkde y panggil dgn name y pendek tu. semuanye pnggil fauzatul. cam suke pulak dgr bile dh lama tk dgr :p hr tu terserempak dgn elyani, pg td dgn farah.. hihih dh lama tk jmpe. elyani shopping ngn mak die.. berdua je. aku tanye psl kawin, hahah malu die.. lps ni kalau jmpe member2 lama tk tau nk tanye ape, tanye je soalan maut ni. hahah. farah plk cam makin kurus,tk leh lupe lg muke die pg td.. muke y dh tk nmpk utk 5 thn y lps ni. td azmir call, Raja Catur tah sampai peringkat mane die main. tah mane die dpt no fon. ajak g gathering. rupe2nye diorg buat every year. tp asal malam? knape tanye soalan mcm ni.. ini bkn majlis utk kanak2 12 tahun kan?
Kita berkawan setiap hari
slalu teringat, d kepala dn sbnrnye sgt dekat d hati, mcm tagmark tv9 tu :p duduk d rumah tk bersosial mana ni, mmg hati akan teringat dkt surrounding y 5 thn d uniten tu. untuk adik2 ppi, member2 d uniten.. jg kakak2..walaupun tk slalu berhubung, tambah lg slalu xde credit ni, tp d hati slalu terlintas. tp teringat sj, spt tkde nilainye.. kan? ttg 'i dont care' congrats ramai y dtg. mesti sangat comel Sir Salman jd moderator.. kesan tangan2 dan kaki yang bekerja saat korang menerajui kepimpinan skrg ni tentunya takkan same dgn kesan yang ditinggalkan oleh mereka yang pernah memegang tugas y sama sblm ni. begitu jg dgn kepimpinan y sebelum ni.. dan yang akan datang.. tak kira apa y dibuat, dan siapa yang membuat, biarlah kesan yang ditinggalkan itu lebih baik dari kesan yang akan ditinggalkan orang lain. menulis utk diri sendiri. untuk sahabat2 di uniten + adik2 + kakak2.. nama2 yang terlintas, bayangan muka, semuanya berlaku di hati ni setiap hari.. ingatan yang paling baik adalah ingatan yang di dalam doa. so dalam doa, doakan kawan2 sama.. gud luck utk semua.. jaga diri jaga iman..
August 12, 2006, 2:15:00 AM

Sunday, July 16, 2006

Zainuddin

Saya tidak menyesalinya, karena jika saya menyesal akan terlihat sepertinya. Saya mengakui bahwa dia benar telah mengatakan hal semacam itu. Dan yang penting, itu semua tidak benar.

Kita selalu bicara soal reaksi, dan tanpa bisa dihindari, reaksi itu mendapat hukuman. Tapi, jika tidak ada provokasi, tidak akan ada reaksi.

Yang pertama, anda harus bilang ada provokasi, dan orang yang bersalah adalah orang yang melakukan provokasi. Namun, responnya selalu hukuman atas sebuah reaksi, tapi jika saya bereaksi lagi, semuanya sudah terjadi.

Apakah anda membayangkan bahwa di final Piala Dunia seperti itu, dengan hanya sisa waktu 10 minit menuju akhir karier saya, saya akan melakukan hal semacam itu karena akan memberikan kesenangan pada saya?

xde pape. cume suka dgn translasi y ini. aku jg mahu italy mng tp bkn di kaki trezeguet dan kpl zidane.. dia mempunyai isteri y sgt cantik. xpasal pasal

Tuesday, May 23, 2006

HEPI BIRTHDAY SALIMA

.....

Become ‘too straight’ isn’t always a good thing. It hurts even more

Partner for life

“Jika kau mencintaiku.. jangan beritahuku’… kalau familiar dgn phrase ini, tentu kita mempunyai rutin y sama hampir setiap hari. Lirik tu saje je , kalau-kalau sesuai dgn cerita kawin cikgu add math di sekolah dulu. Suami dia engineer. Sama-sama grad dr UKM tapi cikgu ni tak pernah kenal suami dia walaupun belajar satu U. Tau-tau datang rombongan meminang. Satu family terkejut. Cikgu ni dah tentu lagi terkejut dan sangat takut ayahnya marah. Dia jenis yang berjubah dan bertudung labuh.. orangnya lucu dan mengagumkan. Ayahnya juga barangkali orang alim di kampungnya. Si ayah pun bertanya kenapa berkawan dengan lelaki tk bagitau dia. Pakcik ni ingat anak die main couple-couple masa dkt U dulu. Dia mungkin tk berapa suka anaknya berkawan dengan lelaki. Macam tu lebih kurang. Cikgu ni pun beria bagitau die tk kenal lelaki yang datang tu. So mereka beri masa. Cikgu ni siasat dan tanye-tanye tentang bakal suami dia ni dekat kawan-kawan die, ada y kenal. Yang dia dengar semuanya baik-baik saja tentang bakal suaminya tu.. hih so kawin je la. Anak die handsome kot, muka cam anak Bosnia..

Parent’s consent

Ni cerita ttg kawin jg, tp bkn cikgu y nk kawin. Nanti kalau sesiapa yang nk kawin out of area KL ni, tunggu dulu aku jd pengantin perempuan, so nnti walaupun ke hujung dunia atau ke bulan nk buat kenduri kahwin, tkde masalah nk pegi. Faham tak faham.. Abaikan.. sori sue..
Erm actually nk promote wedding Sue..
Tarikh : Sabtu, 3 Jun 2006, 6 Jamadilawal 1427 Hijrah
Alamat : Lot 2435 Kg Cacar Baru, Paka Terengganu.
Tp mapnye bukakla peta Malaysia..

p/s : cerita dkt atas tu, ulas la sendiri.. daa~

Monday, April 17, 2006

PROJEK 2

MIS :
-mention dlm intro the system is web based or stand alone system
-benefits of the system. cover ni dlm slide
-web is best viewed in what resolution
-system is reliable.. blh jlan..
-soalan : why choose the scripting language, could be differences between other scripting language (ex: JSP vs VB), who is the system administrator, have you done the research to other company (mksdnye utk sistem y general, bkn utk certain company/customer), jmpe sape nk dptkan info ttg procedure y di dlm sistem, y lain2 diorg cume tanye bende2 berkaitan dgn sistem tu je
-demo :
  • katakan nk input data time demo, mskkan data y masuk akal, jgn main tekan je. perform the demo as the real situation user will be entering data.
  • panel y sgt strick, sendiri pn pening.. die akan cek validation utk semua field. katakan password kalau cume 3 lengths, integer field still accept ke nilai 0 atau negative (suppose hanya positive no), fon number kalau invalid type, then cek plk database whether fon number tu unique ke tak sbb die kt even email pn adalah unique.. ah papela.
  • ID should be standardized, jgn allow user utk create ID sendiri
  • klu kene input harga setkan minimum prize y sistem blh encounter katakan user masukkan prize y tk msk akal (tgk sistem)
  • report mmg ptg, tp tk bnyk lecturer y peduli, klu y strick mereka nk tgk report y blh assist admin utk analyze wutever info y dh dicapture oleh sistem, tp bende ni tk la smpi kene mitp, sbb kalau sistem --> asal jalan function blh la pass, procedure y practical dan flow y masuk akal
  • klu sistem y ada bnyk user, jgn peningkan panel time login function. tambah lg klu demo y sgt cpt. kjb login as customer, kejb as admin, kjab as supplier. kalau gune customer1, admin3, supplier2 tkla pening diorg nk tgkap user mana y nk login. mrkah demo nnti blh jd kena deduct.
  • error handling. katakan user mskkan username y slh, pop up msg (blh jd minor mistake, u certain panel, diorg tk ksah.. tp die highlight)
  • mention the user need to sign up, if certain function require user to login (pegi login page, then tulis bwh tu kene register if not the web member cth : Click here to register)
  • utk entry page, katakan ada flash ke ape, mention where to click to enter
  • logout function kene ada dkt semua page
  • indicate required field
  • info ttg sistem --> ape user privelege kalau jd member, procedure of booking, type of booking, specific terms y beginner user mgkn tk faham...bla bla tk tau ape lg
  • katakan user/member blh post bulletin board atau announcement, jgn directly appearkan, admin kene approve dulu whether bende y dipost tu layak utk dpost atau tidak. lecturer ni je la y tanye. lecturer lain xde pn tnaye
  • klu date, gune calendar. in case panel suruh masukkan '30 february' atau ape2 je date y tah pape, so lebih slamat gune calendar


MULTIMEDIA / COURSEWARE :
-soalan : how many percent is your own contribution in this system (video atau gambar y dishoot dn dicapture sendiri. katakan mustahil utk buat gmbr dn video, lukis sendiri kalau ada gambarajah y diambil dr intenet), whats the hardest part, possible future enhancement, dh ada ke blum courseware ni dkt market, klu ada.. ape bezanya dgn courseware2 tu, where u get the source, what u have added, evaluation jg penting. kalau y sgt gempak, esp y buat 3D panel suruh lukis blk, ada jg y cume tanye proses nk buat animation atau ape2 je la y menghasilkan result spt y dipresent, kuiz jgn tanye bende2 y tkde dlm content, cr susun menu button --> mane satu y lebih prior dr menu y lain..

p/s : kemahiran mendengar susah jgk.. susah ke senang nk m'dgr? nk respond lg. ah papela.. junainah ok jg.. mude lagi

Thursday, April 13, 2006

hari ni dah kamis...

ini lawak badran y aku tk ingat zaman bile..
"mcm mane kau nk makan sup tulang, kari, sup ayam, asam laksa, tom yam dan sup sayur dgn duit 3 ringgit?"

jwpn : beli maggi

zaman maggi 50 sen sebungkus. tidak.. aku sgt lapar.. itu td. nasib baik ada rusky dan aku ttp tk reti nk tulis mknn ape y Kak Bah bg td.. McD nye ape tah..

Kakak emcee

"Assalamualaikum.." sangat lembut. kami pun menjawab. "Waalaikumussalam.." seperti hanya separuh dr peserta dewan itu y menjawab. suaraku pn tk dilontar habis. antara dengar dn tidak. "Sy perkenalkan diri dulu la ye. Saya Murni (bkn nama sebenar). Saya cikgu tadika.." suaranya terhenti.. dia senyum, matanya hampir tertutup habis. pernah lihat org y bermata pelangi? bila tersenyum matanya berbentuk pelangi. Y plg aku suka, tk perlu senyum pn matanya mmg berbentuk pelangi. abaikan. Dia kemudian menyambung.. "Jadinya, kalau memberi salam tu, dah terbiasa mendengar jawapan yang lebih kuat la kan.." senyum lagi. "Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh.." hihih kami pun menjawab lagi. Kali ini dengan jeritan ayu yang lebih kuat sedikit.

Cikgu y di atas rostrum tu kelihatan sgt baik. Aku dulu penah dicubit ustazah.. wktu d tadika. x hafaz surah al-ikhlas.. tp xksah.. walaupun kadang2 dia sedikit garang ustazah tu cantik. tu je y aku ingat. Die jg y membersihkan darah di mata dan tudungku. Waktu tu kami beriadhah di taman permainan. Aku berlari di belakang bdk y tgh naik buaian. Buaian itu buaian lama, tempat duduknya jenis kayu. Dia mengayun dgn agak laju. Memang btul2 terlanggar bahagian mukaku di mata.. Darah ‘belece’ kata org Kelantan. Bengkaknya juga sangat besar. Mataku ini dah bnyk kali cedera.

Ah karangan lari tajuk. Lain kalila sambung lagi.. Kak Bah suruh buat php

Friday, April 07, 2006

16:42

usrah kami malam itu..
"nama bla bla bla.. sy lahir di Kelantan. meninggal di Taman Melawati.. "
....die terkejut, menekup mulut dn tiba2 meremang di leher.. y lain tercengang.. senyap sekjb
"eh.. sy nk ckp sy tinggal di Taman Melawati.." ok mereka tidak terkemut2 lg..

br td.. hujan turun dgn petir y kuat.. dn kami tk tau nk buat ape selain mengadap comp ni..
"aku nak mandi.." bdk sebelah ni respond... "hah? aku nak mati..?!"
kali ini.. nasib baik telinga die y slh dgr.. bkn lidah ni y tersasul

dah.. shut down comp~ connection out

Wednesday, April 05, 2006

5th April

Member y seorg ini.. best kot dk serumah dgn die.. plg best part makan. slalu makan sesama. dn mcm mane lambat pn aku hbskan mkanan die ada lg depan mata meneman. Dkt rumah die mcm tu jgk kot? aku penah dgr, anak perempuan kalau baik dgn ayah, mksudnya pandai layan makan minum, nnti tkde masalah nk melayan suami pula. tah mane aku dgr.. rsnye die ni pn dh blh dberi tiket hijau utk langsung~... Langsung ape ye? abaikan.. hari ni birthday die.. SELAMAT HARI LAHIR WANI
p/s : ini mcm ala2 testi..

Tuesday, April 04, 2006

4th April

erm warm up dulu.. tgh tak tau ape nk ditulis.. spt biasa, tgh blank dgn projek. so mulala terasa nk menulis. hr ni 4hb lagipun.. so mari kt tgk ape y nk ditulis oleh hati ini sempena tarikh ini..
hahaah.. best kot kwn dgn sorg bdk ni.. nama die sue. Sue budak yang rajin. Slalu menolong ibunya di kedai selepas pulang dari sekolah. Sue mempunyai ramai kawan dan disayangi oleh cikgu-cikgunya. Sewaktu di sekolah, ramai juga budak-budak lelaki yang suka mengusik Sue. Tapi Sue rilek je. Dia kawan dgn semua orang. Bila di universiti, Sue belajar dan buat projek bersungguh-sungguh. Sue bertemu jodohnya di universiti juga. Mereka pn hidup bahagia. Amiin...
HEPI BIRTHDAY.. terima kasih selama ni menjadi sahabat y baik.. ayat streotype aku.. tp ikhlas ni.. mmg terima kasih.. erm lain kali aku edit lagi..

Friday, March 31, 2006

Menciptakan Perbezaan~

Saat diri kita dibangunkan setiap pagi, barangkali rutin kebiasaan menuju ke bilik air itu yang utama. Diikuti dengan mencuci muka, menggosok gigi dan kemudian mandi. Mungkin juga terus bersiap untuk ke pejabat atau mengejar kuliah jam lapan tanpa sempat mandi. Memadai dengan menyembur minyak wangi sekurang-kurangnya tidak berbau pelik berbanding orang lain. Macam-macam yang dilakukan untuk menampakkan diri bersih dan cantik. Tapi entah berapa kerat yang rajin membersihkan hatinya setiap pagi ia terjaga dari tidurnya. Bukan sahaja setiap pagi, malah siang dan malam, lantas setiap waktu dalam hidupnya.
Bagaimana kita dapat mengetahui keadaan hati? Ataupun kita tidak pernah peduli akan hitam putihnya hati kita? Kerana kotornya ia bukanlah sesuatu yang terzahir dek mata yang memandang. Pernahkah anda merasa setiap detik yang berlalu terasa diri diperhatikan Allah, setiap tindakan yang diambil yang anda peduli adalah redhaNya, tetap bahagia walaupun tiada teman istimewa yang menyintai anda, kerana anda dapat merasai dekatnya Allah dan cintaNya kepada anda. Riangnya hati saat diri terhalang dari melakukan dosa kerana keterikatan hati pada Allah itu yang lebih utama.
Sukarnya mempunyai perasaan seindah ini seandainya hati yang di dalam dada sudah buta. Sepotong ayat dari Al-Quran :
Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan hati itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada. - Surah Al Hajj : ayat 4-6
Bagaimana mungkin hati yang buta dapat memahami antara dosa dan pahala. Mungkin juga sekadar memahami namun tidak mampu lagi membentengi diri dari melakukan dosa. Ia sudah lumpuh dan buta, yang tinggal hanya nafsu yang bermaharajalela kerana hati buta itu tidak lagi kuat untuk menjaga diri. Semakin banyak usia yang ditinggalkan, semakin diri meningkat dewasa, hati yang dulunya cantik dan bersih barangkali sudah sehitam punggung kuali yang di ceruk dapur itu.
Begitulah juga keadaannya hati yang setiap hari mungkin tidak terlepas dari noda-noda hitam yang terbentuk akibat dosa-dosa kita. Seandainya punggung kuali yang hitam itu sangat susah dan mengambil masa yang lama untuk diputihkan, seperti inilah sulitnya jika diri ini dipenuhi dosa. Tidak cukup satu dua macam ibadah untuk bisa menghilangkannya. Semakin banyak kita berbuat salah, semestinya lebih banyak perbuatan baik yang dilakukan untuk membuat diri kita kembali bersih.
Oleh itu, marilah kita menciptakan perbezaan dalam hari-hari yang akan dilalui selepas ini. Setiap pagi baru yang dihadapi, dimulai dengan ucapan syukur kerana dibangunkan Allah, diberikan lagi kesempatan olehNya untuk kita memperbaiki diri dan beramal kepadaNya. Pagi yang akan dimulakan dengan melihat, membaca dan memahami isi Al-Quran seterusnya solat Subuh yang didirikan sesempurnanya. Semoga ingatan kepada Allah di waktu pagi itu akan membawa kepada ingatan kepadaNya di waktu petang dan malam. Seseorang pernah memberitahu saya hebatnya hari-hari anda adalah bergantung kepada bagaimana anda memulakan pagi anda. Perbaiki diri kita setiap hari, kerana kita melakukan kesalahan juga setiap hari.
Semester 2, 2004-2005,
M3-06-02,
UNITEN

Friday, March 24, 2006

24th March

hr tu memberitahu kawan y seorg ni, aku tk blh menulis akhir2 ni..sbb hati berserabut.. hahah papela mie.. well mentertawakan diri sendiri adalah caranye memadamkan rasa tah pape di kpl ni.. 'sy ada pemadam di kpl sy' ….dn skrg ni tgh terbayang muke Kim Su Jin..

tgh sensorg dlm lab ni.. btul2 rs nk balik.. kalaulah dk serumah dgn akk skrg ni, bile2 pn sy blh mengadap tenet tnpa perlu menggosok baju dn tudung dn memandu ke bw..

die sgt baik.. perasaan y sgt rapat y dirasa wktu ni mgkn tk setanding dgn y aku rs dgn org lain, dialah ant org y plg dkt di hati.. kalau bosan buat projek, masing2 menjerit dkt msn.. menjerit? tahla borakla ape y patut.. tk best kalau buat projek die tk online.. well hr ni birthday die.. HEPI BIRTHDAY..

skjb lg nk pg menjemput nadiah dkt main gate dpn tu.. diorg ada dinner mlm ni. Bdk2 UKM rilek je buat dinner kt residence.. dinner ape ye nad

p/s : this is not the reason why i'm blogging....~