“Syair Arab menyebut, apabila seseorang yang bercinta di tanya, “Apakah kau menyintai atau
sedang bercinta dengannya?”, maka dijawabnya, “Oh, tidak…kawan sahaja atau apa sahaja alasannya,” Ketahuilah dia seorang pasangan KAZZAB (penipu)”.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Istilah cinta amat popular dan menjadi satu ungkapan setia di bibir-bibir remaja yang
menganggapnya satu kalimah suci dan bererti. Ada yang berbangga memiliki seorang kekasih
yang setia dan mula memasang angan-angan untuk mendirikan rumah tangga bersama
pasangan pilihan.
Fanomena ini berlanjutan dari bangku sekolah lagi malah adakalanya membawa kepada sesuatu di luar jangkauan. Cinta perlu difahami. Semestinya seorang remaja perlu memahami kehendak dan definisi yang tepat. Tanya pada diri, sama ada cinta hanya sekadar gelojak perasaan serta rasa tertarik antara satu sama lain cukup untuk menjelaskan maksudnya?
Di dalam artikel bertajuk Hakikat Percintaan Dalam Islam, rasa hati yang dinamakan cinta merupakan satu perasaan yang semulajadi dialami oleh setiap insan baik muda mahupun tua.
Allah telah menganugerahkan manusia naluri untuk meneruskan keturunan (salah satunya,
menyukai pasangan berlainan jantina) atau dikenali dengan gharizah Al-Nau’. Ini merupakan salah satu naluri manusia dari yang tiga iaitu gharizah Al-baqa’ (naluri untuk meneruskan kehidupan dan mempertahankan), gharizah Al-Tadayyun (naluri untuk menyembah
dan beragama) dan gharizah Al-Nau’.
Jadi adanya perasaan itu sememangnya sudah fitrah manusia dan perkara ini wajar dan tidak
haram di sisi Islam. Dalam keadaan ini, manusia perlu memahami kedudukan cintanya dan ke mana hala tuju seterusnya.
Malangnya remaja hilang punca dan meletakkan satu kesimpulan yang mudah tentang hakikat
cinta.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab,
kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dan ada matlamat.
Jika ciri-ciri ini tidak ada dalam apa yang dikatakan sebagai cinta, maka hubungan sedemikian sekadar satu permainan dan kepura-puraan sahaja.
Konsep cinta dalam Islam meletakkan satu aturan yang sistematik dan teratur tanpa mengabaikanhubungan antara manusia dan Allah.
Atas dasar ini, Islam meletakkan cinta pada satu kedudukan yang bermaruah dan bernilai baik bagi pihak lelaki dan perempuan.
Ke mana hala tujunya destinasi cinta remaja?Adakah setakat mengisi usia remaja dan adakalanya putus di tengah jalan? Mungkin destinasi cinta remaja yang diingini lebih kepada konsep ala Barat yang disifatkan penuh romantis dan indah.
Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cinta yang dibina bermatlamat. Kerana ingin mendapat kasih sayang tuhan, manusia sedia berkongsi rasa cinta dan kasih sayang sesama insan.
Kerana inginkan kasih sayang tuhan jualah, masing-masing ingin selamat-menyelamatkan
antara satu sama lain dari segi hubungan dan kehidupan di dunia untuk mengejar sesuatu yang
abadi di akhirat.
Cinta yang dibina bukan cinta kosong tetapi cinta yang punya pengertian yang luhur dan hanya
dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang sentiasa mencari Tuhan.
Sumber : http://amirhk.wordpress.com/2007/02/27/kasih-cinta-dalam-islam/
3 comments:
wow mie, dis is so true. cinta masa zaman budak2, mmg mcm tula mainan die. tp bile dah tua, dah faham, baru rasa cinta itu mcm satu keperluan; x wajib, tp manis bile diperlukan.
cinta mmg dtg dan pergi, tp it's also up to us to find, defend and keep it till the end. cinta ni x susah, tp x jugak mudah. yg penting, pandai jaga diri, pandai jaga hati budi, kira pandai2 lah kita usahakan supaya cinta tu jadinya manis, bukan masam atau masin, lebih2 lg jgnla jadi pahit. um, lagi satu... cinta berlandaskan iman mmg cinta paling best x ingat. cinta x berlandaskan ape2 ni umpama landasan yg x tau mana pangkal, mana hujung. tiba2 jer dah tergolek.... =p
all and all...
.......love, peace, empathy.......
p/s:not really an expert, maybe half of my saying is merapu, tp ni sekadar pendapat aje. just saying my mind through tough experiences... but in the end, these experiences turn out to be some priceless lesson i've to pay, which is in a good way la of course... my advise is, wat couldn't kill you can make you stronger!!!
wow to you ain.. thanx for the gud things you've shared+wrote up there. Asalkan bercinta, hati dan setiap perkara y kt buat tk ketepikan Allah..mgkn kt patut bersyukur.y takutnya kalau jd sebaliknya.
hati kita Allah yang jaga, jd minta sj pd Allah pelihara hati..jangan sampai lautan cinta melebihi daratan..juga xmelebihi cinta pada-Nya. mn mungkin kt melupai dan mengenepikan PENCIPTA cinta..yang menghadirkan cinta di hati kt.. bak kata Dr Tuah, bercinta untk merasai kewujudan Tuhan..
sptutnya semakin tenggelam di dalam cinta,semakin dkt kt kpd Allah..tp xslalunye begitu kan.klu dlm solat pn asyik terbayang..alamatnya kawin saja deh..kalu tidak hati2 dgn hati sendiri~
Allah takkan menghimpunkan dua rasa di hati kita..rasa takut tkkan disertai dgn rasa tenang.dan tenang jg takkan disertai dgn resah.hati y menjaga hak2 Allah tak mgkn dalam masa y sama menodai hak2Nya.
p/s : kak liza kawin ahad ni..congrats akk
reg,
the owner
wow
Post a Comment