Seandainya anda melihat orang yang sedang sakit membuka buku tentang perubatan dan mengira bahawa dengan membacanya ia akan dapat sembuh dari penyakitnya, maka apa yang dapat anda katakan tentang orang itu? Tentu anda akan mengatakan bahawa orang tersebut adalah orang yang tidak siuman dan harus dikirim ke rumah sakit jiwa? Akan tetapi tidakkah anda sedar bahawa anda sendiri melakukan hal yang sama kepada buku yang dikirimkan oleh Doktor terpandai untuk menyembuhkan penyakit-penyakit anda? Anda hanya membacanya saja dan mengira bahawa dengan membacanya begitu saja, semua penyakit anda akan hilang. Anda mengira bahawa anda sudah cukup dengan membacanya saja, tidak perlu untuk menuruti petunjuk-petunjuk yang terkandung di dalamnya, tidak pula penting untuk menghindari bahaya seperti yang dikatakannya. Maka, mengapa anda tidak memberikan penilaian yang sama kepada diri anda sendiri seperti yang anda berikan kepada orang yang mengira bahawa dengan membaca buku perubatan saja adalah cukup untuk menyembukan penyakit?
Kalau anda menerima surat dalam bahasa yang tidak dimengerti, tentu anda mencari orang yang mengerti bahasa tersebut sebelum untuk mengetahui isinya. Anda tidak merasa tenang sebelum anda mengetahui isi surat tersebut. Begitulah yang anda lakukan terhadap surat-surat dagang yang mungkin akan memberikan keuntungan yang sedikit bagi anda. Akan tetapi surat yang dikirimkan oleh Penguasa dunia kepada anda yang menerangkan semua keuntungan anda di lapangan din, yang menyangkut kehidupan duniawi, anda kesampingkan begitu saja tanpa mencuba untuk memahami isinya. Anda tidak memperlihatkan keinginan untuk mengetahui isinya. Tidakkah ini suatu hal yang mengherankan?

Sekian.. Semoga pengakhiran yang baik untuk kita semua di Ramadhan ini, dan di penghujung nyawa nnti. Amiin