Pagi ini saya bersama Wani sahaja di rumah kami yang dihuni bersama Ain dan Azi pada mulanya. Tapi kini tinggal kami bertiga (mimi+wani+ain) sahaja. Kelibat Azi tidak lagi kelihatan di dalam rumah ini disebabkan masalah air yang sudah bertahun-tahun tidak dibaikpulih oleh ‘bapak-bapak’ di UNITEN ini. Kami seperti biasa, bermandikan air yang ditakung baldi di bilik air itu. Bagi Azi yang kuat bersukan, pagi petang dia berjogging, maka mungkin sukar hendak berhidup dengan keadaan rumah yang seperti ini. Lantaklah..harapnya masih dapat terus berhidup dengan baik sehingga penghujung sem ini.
Berpagi-pagian memang adalah suatu perkara yang menyenangkan hati. Mengisi sebaiknya masa yang dikurniakan Allah ini dengan apa-apa sahaja perkara asalkan bukan tidur. Tapi selalunya ini yang paling kita sayang untuk lepaskan... hihi biasalah.. Waktu menguruskan baju yang hendak dijemur pagi tadi, Wani tanya sama ada ingin makan maggi bersamanya.. Wani memang rajin, seronoknya merasa ada orang yang peduli dengan makan minum kita.. hihi dia memang punya sifat penyayang yang betul-betul menyenangkan hati saya. Sentiasa membuat saya terharu dengan sikapnya yang satu itu.
Semalam kami ke Serdang. Sepanjang di dalam kereta itu tak banyak perkara yang dibualkan. Saya sebolehnya sentiasa cuba untuk bercerita perkara-perkara yang dapat mengisi kelompongan rohani. Bercerita apa-apa sahaja yang boleh mengingatkan hati kepada Allah. Tetapi semalam saya lebih senang memandu sahaja. Wani juga tiada apa-apa yang nak dibualkan agaknya. Diam sahaja dia di sebelahku.
Dalam kesunyian itu, saya tiba-tiba terfikir tentang hubungan persahabatan saya dengan sahabat yang di sebelah ini. Saya lantas berkata kepada Wani.
Mimi : Wani, kire dah lama jugakla aku kawan dgn kau..maksud aku, kite sama-sama..selalu sama-sama dengan kau..
Wani seperti sedikit pelik..saya lupa respondnya ketika itu..(ape yang kau jawab ye wani?)
Mimi : Takdelah..dari kite training..sampai sekarang.. macam kebanyakan masanya kau ada dgn aku.. eh, bukan time microP kite sekelas ke? Ha.. maknanya dari time aku ambik microP, pastu kite masuk training sama2, pastu kite sekelas ethics, pastu sekarang serumah.. adalah 2 tahun.. kire kau dah macam kawan baik aku la ni
Wani : Aa.. alhamdulillah.. (hihi ini je y aku ingat ayat kau wani)
Sudah lama tidak merasa ‘berkawan’ seperti di zaman sekolah dahulu. Ke mana sahaja pergi mesti ada Salima meneman.. biasalah.. cerita budak sekolah. Tapi bila di universiti saya tidak peduli walau pergi ke kelas, perpustakaan, dan ke mana-mana sahaja bersendirian. Bukanlah sesuatu yang kekok cuma kadang-kadang memang merasa mahu ada yang meneman. Terlintas di hati kebanyakan masanya Wani sentiasa ada dalam rentetan hidup saya untuk semester-semester terakhir ini berbanding sahabat-sahabat yang lain.. (erm.. ye ke wani?) hihi baru menyedari kebersamaan kami di penghujung pengajian ini. Dan sepanjang perkenalan ini, saya memang senang dengannya..
Di saat ini saya menyambung semula penulisan ini. Tidak sempat menghabiskannya kelmarin kerna kami keluar ke KLCC. Hampir 30 minit berpusing-pusing menikmati kepenatan mencari surau.. kemudian solat.. kemudian mencari sushi dan roti.. kemudian saya pulang ke rumah ibu bapa saya di Melawati. Meninggalkan Wani yang ketika itu telah bertemu dengan sahabatnya, Aini. Mereka menunggu kedatangan teman-teman sekolah yang lain untuk ber’gathering’ di KLCC. Hihi.. Wani sangat risau bila saya menolak untuk diteman ke terminal PUTRA.. dah 5 tahun tak ke KLCC katakan.. (erm biar benar.. 5 thn? Uish)
Untuk Wani --> Aku doakan segalanya yang terbaik untuk kau.. Semoga dijaga dan disayangi si dia sebaiknya..
p/s : Percubaan menulis dengan penggunaan kata ganti nama diri ‘saya’… Lain macam sket kot feelnya.. Lain kali menulis untuk kau pulak Sue.. dan yang lain2.. ini gudang testi terbesar untuk semua.. hihi erm ntah bile nk menulis lagi
No comments:
Post a Comment