Saturday, December 31, 2005

Saje

Tersentuh perasaan membaca tulisannya. Jika karya orang yang tidak kukenali yang kukagumi, bukanlah menjadi hal yang besar padaku. Tetapi penulis yang ini sudah bertahun kukenal. Rasanya bercakap pun mungkin tidak pernah, tapi aku banyak mendengar cerita menarik tentangnya. Aku seperti biasalah, ibarat mengenal lelaki adalah seperti melepasi kedai pakaian DKNY, MNG, Padini, Goggles, LEVI’S dan yang seangkatan dengannya. Kedai yang tidak disinggahi oleh orang yang cuma ada koleksi baju kurung dalam almarinya. Sekadar menjeling dan mungkin langsung tidak menoleh. Sekali sekala sahaja membelek dan mendekati pakaian-pakaian tersebut, itu pun kalau diminta kawan untuk menemannya memasuki kedai-kedai yang seperti itu. Harap tidak pening dengan perumpamaan ini. Aku biasa-biasa sahaja dengan lelaki. Kebanyakan masanya hanya berbalas senyuman.

Berbalik kepada cerita temanku. Penulisannya benar-benar menukar mood aku malam ini Sudah lama tak merasa ketawa yang betul-betul ketawa. Sebagai tanda penghormatan atas keupayaannya merubah ekspresi wajahku di waktu ini, mungkin ada sesuatu yang boleh aku tulis tentang pengaruh penulisannya..

Membaca catatan blognya bukanlah perkara kecil bagiku.. hihi kenapa adalah perkara besar pula? Di sini aku berterima kasih padanya membuatku ketawa pada malam ini. Mengapa ini menjadi perkara besar? Dengan ini aku dapat menambah koleksi ingatanku terhadap perkara-perkara yang menggembirakan.. dan mengingat akan perkara-perkara yang menggembirakan boleh memanjangkan umur anda.. (Tk ingat mane aku pernah baca tentang ni.. tak perlu percaya). Membuat orang gembira dengan tulisan anda bukanlah suatu pencapaian dan kejayaan yang kecil. Apatah lagi tulisan yang mampu memberi manfaat kepada orang lain. Memang gembira membaca blog kamu.. dan Terima kasih untuk itu..

p/s : Lelaki kalau menulis, ayatnya pendek-pendek dan simple. Sangat tajam dan mendalam.. juga lucu.. Kepada semua kenalan lelakiku yang kita sekadar mengenal nama, nanti aku jemput ke rumah kalau dah nak kawin nanti.. Jangan lupa menjemput aku juga.. hihi.. kawinnye lambat lagi..

p/s : Sudah agak lama menyimpan karangan yang ini, tk merasa nk publish (sendiri pun rasa tah pape) Aku tujukan juga posting ini kepada semua bloger y dikenali.. Sekarang ini semua semakin maju menulis..

Ulasan :
ntah kenape dgn aku mlm tu sehingga menulis spt itu. Satu soalan. Kenapa perempuan sangat peduli dengan perasaan gembiranya? kalau ada bf.. mungkin tak habis2 menulis ttg bfnye.. bukan semua, tapi ada.. mmg tak tahan.. ;) belum lagi kalau bersuami nanti.. dan bersalin.. Kebanyakan tulisan-tulisan perempuan berorientasikan isu-isu seperti ini. Tak perlu percaya

No comments: