Wednesday, December 21, 2005

Meneman dan diteman - version 2

Posting yang ini adalah rentetan dari tulisan Meneman dan diteman – version 1

Kalau meneman dalam kes-kes yang seperti ini, kawan perempuan meneman kawan perempuan, isteri meneman suami, atau emak meneman si anak memanglah tidak perlu dipertikaikan. Tapi kalau girlfriend teman boyfriend atau lelaki mahram teman perempuan mahram, macam mane pulak tu? Saya tidak mengatakan anda tidak boleh bertemu dengan pasangan anda. Kalau meneman untuk perkara-perkara yang perlu, mungkin juga tidak menjadi persoalan yang berat. Itu pun haruslah disertai orang ketiga. Yang saya risaukan adalah perlakuan anda sewaktu bersama pasangan anda yang belum sah anda nikahi. Ini adalah isu berat yang mungkin sengaja anda abaikan..

Persoalannya bukan anda tidak tahu itu adalah salah tetapi kerana ia adalah perkara yang menyenangkan bagi nafsu anda. Mungkin satu perkara yang kita lupa, Allah ada tatkala itu. Bagaimana mungkin kita mengabaikan pandangan Allah yang melihat segala gerak laku kita sedangkan apa yang di dalam hati ini pun tidak mampu kita sembunyikan dari pengetahuanNya. Anda risau akan kemungkinan tidak dicintai dan disayangi oleh pasangan anda.. justeru setiap hari anda berusaha menjaga hati pasangan anda, biarpun terpaksa melakukan perkara yang tidak sepatutnya anda lakukan. Tetapi anda tidak ambil peduli adakah perlakuan anda boleh merosakkan hubungan anda dengan Allah pula? Anda risau anda mungkin tidak dicintai dan disayangi oleh pasangan anda.. justeru anda berharap setiap hari agar dia terusan menyintai anda seumur hidupnya. Tetapi sedikitpun anda tidak kisah untuk meminta kepada Allah untuk memelihara dan menyintai anda.

Mohonlah kebaikan dan peliharaan daripada Allah yang Maha Memelihara. Seorang ibu tidak akan memberi susu kepada anaknya yang tidak menangis. Allah juga tidak akan memberikan rahmat dan kebaikan kepada hambaNya seandainya kita tidak mencari dan meminta kepadaNya. Itu adalah ulasan tulisan yang diambil dari buku Manhaj Hidup Muslim. Tidakkah kita ingin menjadi Muslim yang sebenar-benarnya? Menjadi hamba yang dicintai oleh Tuhannya? Jadikanlah Allah peneman kita yang paling utama dan Dia sentiasa ada untuk meneman kita.

Ya Allah, Terima Kasih Kau selalu ada untukku.. Aku bermohon kepadaMu peliharalah diri ini. Jangan pula kau jadikan kasih sayang dan ketakutanku kepada sesuatu yang lain di dunia ini melebihi kasih sayang dan ketakutanku kepadaMu.. Amin.. Wallahua’lam….

p/s: Lain kali akan cuba menulis dengan lebih pendek. Buku Manhaj Hidup Muslim adalah dihimpun kandungannya berdasarkan penulisan Al-Syahid Sayyid Qutb dan Saiyid Abul A’la Maududi. Siapa yang ada buku2 lain tokoh2 hebat ini, mungkin jika tidak keberatan ingin sy pinjam untuk difotokopi.. atau beritahu sahaja di mana anda membelinya, sebab Kak Intan kata buku agama tak elok difotostet.

p/s: Ada seorang teman yang mempunyai ejaan nama Saiyed…katanya memang ejaannya seperti itu.. Melihat ejaan Saiyid teringat kepada namanya pula.. Semoga berhidup dengan baik

3 comments:

Anonymous said...

terima kasih...

mizmi said...

hi..cpt jugak awk smpi ke sini

Anonymous said...

secara tak sengaja...hope u dont mind...