Saturday, December 31, 2005

Saje

Tersentuh perasaan membaca tulisannya. Jika karya orang yang tidak kukenali yang kukagumi, bukanlah menjadi hal yang besar padaku. Tetapi penulis yang ini sudah bertahun kukenal. Rasanya bercakap pun mungkin tidak pernah, tapi aku banyak mendengar cerita menarik tentangnya. Aku seperti biasalah, ibarat mengenal lelaki adalah seperti melepasi kedai pakaian DKNY, MNG, Padini, Goggles, LEVI’S dan yang seangkatan dengannya. Kedai yang tidak disinggahi oleh orang yang cuma ada koleksi baju kurung dalam almarinya. Sekadar menjeling dan mungkin langsung tidak menoleh. Sekali sekala sahaja membelek dan mendekati pakaian-pakaian tersebut, itu pun kalau diminta kawan untuk menemannya memasuki kedai-kedai yang seperti itu. Harap tidak pening dengan perumpamaan ini. Aku biasa-biasa sahaja dengan lelaki. Kebanyakan masanya hanya berbalas senyuman.

Berbalik kepada cerita temanku. Penulisannya benar-benar menukar mood aku malam ini Sudah lama tak merasa ketawa yang betul-betul ketawa. Sebagai tanda penghormatan atas keupayaannya merubah ekspresi wajahku di waktu ini, mungkin ada sesuatu yang boleh aku tulis tentang pengaruh penulisannya..

Membaca catatan blognya bukanlah perkara kecil bagiku.. hihi kenapa adalah perkara besar pula? Di sini aku berterima kasih padanya membuatku ketawa pada malam ini. Mengapa ini menjadi perkara besar? Dengan ini aku dapat menambah koleksi ingatanku terhadap perkara-perkara yang menggembirakan.. dan mengingat akan perkara-perkara yang menggembirakan boleh memanjangkan umur anda.. (Tk ingat mane aku pernah baca tentang ni.. tak perlu percaya). Membuat orang gembira dengan tulisan anda bukanlah suatu pencapaian dan kejayaan yang kecil. Apatah lagi tulisan yang mampu memberi manfaat kepada orang lain. Memang gembira membaca blog kamu.. dan Terima kasih untuk itu..

p/s : Lelaki kalau menulis, ayatnya pendek-pendek dan simple. Sangat tajam dan mendalam.. juga lucu.. Kepada semua kenalan lelakiku yang kita sekadar mengenal nama, nanti aku jemput ke rumah kalau dah nak kawin nanti.. Jangan lupa menjemput aku juga.. hihi.. kawinnye lambat lagi..

p/s : Sudah agak lama menyimpan karangan yang ini, tk merasa nk publish (sendiri pun rasa tah pape) Aku tujukan juga posting ini kepada semua bloger y dikenali.. Sekarang ini semua semakin maju menulis..

Ulasan :
ntah kenape dgn aku mlm tu sehingga menulis spt itu. Satu soalan. Kenapa perempuan sangat peduli dengan perasaan gembiranya? kalau ada bf.. mungkin tak habis2 menulis ttg bfnye.. bukan semua, tapi ada.. mmg tak tahan.. ;) belum lagi kalau bersuami nanti.. dan bersalin.. Kebanyakan tulisan-tulisan perempuan berorientasikan isu-isu seperti ini. Tak perlu percaya

Friday, December 30, 2005

Perasaan

Diriwayatkan bahwa Abul-Husain An-Nuri berada bersama suatu kumpulan orang banyak, pada suatu undangan. Lalu berjalanlah di antara mereka pembicaraan suatu masalah ilmu. Dan Abul-Husain itu diam sahaja. Kemudian ia mengangkatkan kepalanya dan berpantun di hadapan mereka itu :

Banyaklah burung merpati
Bernyanyi pada waktu pagi
Ia bersedih hati
Lalu bernyanyi pada ranting yang tinggi

Ia teringat akan kesayangannya
Pada masa yang lalu
Ia menangis kerana kesedihannya
Lalu membangkitkan kesedihanku

Maka tangisanku kadang-kadang
Membawa dia tidak tertidur
Dan tangisannya kadang-kadang
Membawa aku tidak tertidur

Kadang-kadang aku mengadu
Tetapi aku tidak dapat memberi pengertian kepadanya
Kadang-kadang ia mengadu
Tetapi kepadaku ia tidak dapat memberi pengertiannya

Kecuali aku
Mengenalinya dengan perasaan
Dan dia juga mengenali aku
Dengan perasaan…


Sumber : m/s 432, Jilid 3, Ihya Ulumiddin, Imam Al-Ghazali
Ada tujuh tafsiran yang dibuat oleh penyair ni tentang pantunnya tu. Tafsirlah mengikut apa yang dirasa oleh hati anda ketika ini.. saya nak mula mengadap projek yang dh berminggu-minggu ditinggalkan

Thursday, December 29, 2005

Tangan

Seingat saya sepanjang pernah tersesat ke blog orang yang tak dikenali, cume sekali sahaja pernah meninggalkan jejak penyinggahan. Maksud saya, menulis comment. Bloger tu saya tk ingat namanya, url blognya juga tak berjaya saya jejaki. Cerita lama. Rasanya dah hampir dua tahun. Kenangan yang tinggal tentang bloger tu hanyalah phrase yang dipostingnye yang saya ambil dan publish pula di blog ini. Phrase tu ditujukan untuk bakal tunangnya, kalau tak silap. Agak menarik.. jadi saya salin ke dalam buku usrah saya...

You know why God created gap between fingers? So that someday the one who is made for you, comes and fill those gaps by holding your hand forever

Dulu waktu tgk orang lain ada blog, tk merasa nk ada blog.. menulis cume di computer sahaja.. Ah macam2 ah, orang main friendster saya tk main.. Bukan ape.. pernah main, mula2 cam best, tapi lama2, tkpe ah.. saya pun mendeletela akaun di sana.. hahah.. daa~

p/s : Tiba-tiba terfikir ada kemungkinan blog ini juga senasib dgn akaun friendsterku..
p/s : Harap tk ‘sengal’ dengan posting yang kali ini.. Saje.. ada org tanye psl posting terbaru, ntah ape nk mengarut.. bye..

Friday, December 23, 2005

Ain..

Ingat dah tak nak menulis lagi untuk posting dlm bulan Disember ni. Nak berehat sekejab dari melayan blog ni sampai Januari nanti. Tapi malam ni, tengah sibuk aku melayan keje report untuk meeting esok, sempat lagi layan chatting dengan Ain. Die kat bilik depan tu je, tp memandangkan kami di bilik masing-masing jadinya berborakla dkt ym ni. Tah apesal die tk tdo lagi.. Dan aku pun, ntah apesal nk membuat entry yang ini..

AIN ALIDA: ok no biggie
AIN ALIDA: aku pun nak gosok gigi
Lara Fabian: no biggie tu ape plk
Lara Fabian: bnyk tul soalan aku

AIN ALIDA: nie ayat feberet mat saleh
AIN ALIDA: konon mcm no big deal la

Lara Fabian: ok best ah ni chat ngan kau
Lara Fabian: dpt vocab baru
Lara Fabian: thanx kawan
Lara Fabian: hahah
AIN ALIDA: byk ayat2 pasar diorg aku pun tak phm
AIN ALIDA: aku suka dgr lps tu aplikasikan

Lara Fabian: hihi
AIN ALIDA: tak gunala klu tau je tp tak pki
Lara Fabian: aku ni pemalu sket
Lara Fabian: hihi aku la tu
AIN ALIDA: salah ke betul janji dah try
AIN ALIDA: leks ar
AIN ALIDA: to me, u r entitle to urslf
AIN ALIDA: org tak leh nak kata apa ko wat salah ke betul
AIN ALIDA: asalkan tak lari jauhla dari hukum agama
Lara Fabian: oh.. ok.. aku belajar sesuatu malam ni
AIN ALIDA: sbb bahasa tu subjektif
AIN ALIDA: tak tepat
AIN ALIDA: dan slalu berubah

Lara Fabian: ok best best
AIN ALIDA: lainla apa yg dlm quran ckp
AIN ALIDA: mana leh ubah2
AIN ALIDA: so, ikut logicla kira klu ckp pasal bahasa nih
AIN ALIDA: also pendapat

Lara Fabian: uish.. ok.. aku dah kate ko bkn calang2 org
AIN ALIDA: aperla ko nih
Lara Fabian: hahaha
AIN ALIDA: nie sume pun pendapat aku jugak
Lara Fabian: best ni kalu letak dkt akunye blog
AIN ALIDA: pendapat ko mungkin berbeza
AIN ALIDA: klu dalam debate pun blum tentu pihak yg menang tu betul
Lara Fabian: ok.. sambung lagi..
AIN ALIDA: klu nak bagi pendapat kita tu berada pada landasan yg betul
AIN ALIDA: kenala kuatkan hujah kita sket
AIN ALIDA: contoh mcm peguam yg pandai berhujah tu

Lara Fabian: ha betul.. tapi susahla klu org y tk pandai berhujah
Lara Fabian: mcm mane nk kt diri die btul
AIN ALIDA: klu peguam tu pandai cong, slmtla dier
Lara Fabian: padahal die btul ni, cume die tk reti nk main hujah2 cemane
AIN ALIDA: tu kiranya mat saleh gak suka concpet nih
AIN ALIDA: the art of lies
AIN ALIDA: pandai mkn pandai simpan

Lara Fabian: hahaha
AIN ALIDA: berani buat berani tanggung
Lara Fabian: ok la ain
Lara Fabian: kite smbg nnti
AIN ALIDA: tu ar
Lara Fabian: hihi
AIN ALIDA: aku pun nak bersugi nih
AIN ALIDA: hohoho

Lara Fabian: hahah
AIN ALIDA: sila sambung wat keje ko ek
Lara Fabian: ko pernah try pakai kayu sugi?
AIN ALIDA: tak penah
Lara Fabian: best tu
AIN ALIDA: tp nak try
Lara Fabian: nnti ah aku bg kau try
AIN ALIDA: tp aku tatau camne nak guna
Lara Fabian: ayah aku blk mekah berbondong2 die bwk blk
Lara Fabian: ko tonyoh je
AIN ALIDA: ooo
Lara Fabian: lagi best dari berus gigi
AIN ALIDA: takyah letak colgate ke
Lara Fabian: zaman nabi dulu mane ada Allah bagi berus gigi+ubat gigi
AIN ALIDA: tak sakit ke kena gusi
AIN ALIDA: tula
Lara Fabian: Allah bagi nabi pakai kayu sugi
AIN ALIDA: zaman dulu kena kreatif
AIN ALIDA: dan inovatif
Lara Fabian: maknanya itu yang paling baik yang Allah dah tunjuk kot
AIN ALIDA: tula islam zaman dulu maju kan
Lara Fabian: kalau tk takdela Allah bagi nabi pakai kayu sugi
AIN ALIDA: skang cam hampeh je
Lara Fabian: hih
Lara Fabian: eh ok ain
AIN ALIDA: ok
Lara Fabian: nnti kite sambung lagi

Bye Ain, harap ko tk ksah aku publish kitenye perbualan ni.. hihi.. erm.. dah siap posting y atas tu, Ain msg lagi..

AIN ALIDA: mie, aku rasa sementara dlm kesyahduan mlm ni masih segar lg, izinkan aku beradu dulu yea
Lara Fabian: hahhaa
Lara Fabian: lawak gile
Lara Fabian: ok
AIN ALIDA: hehe
AIN ALIDA: saje nak ceria kan ko
Lara Fabian: aku sentiasa ceria duk kt umah ni
Lara Fabian: ko jgn risau
Lara Fabian: hihi
Lara Fabian: bye assalamualaikum
AIN ALIDA: wah, bagusla
AIN ALIDA: wkmslm
AIN ALIDA: nite2
Lara Fabian: ok
Lara Fabian: jmpa sok pagi
Lara Fabian: hahah weh kejut subuh
AIN ALIDA: okides
AIN ALIDA: ok
AIN ALIDA: no biggie
Lara Fabian: ok no biggie
AIN ALIDA: hohoh

(Ntah ape y nk ditulis dkt sini..) Bila melihat kepada orang lain, cari dan galilah segala kebaikan dan kelebihan yang ada padanya. Semoga dengan itu kita akan tersenyum saat teringat kepadanya. Lebih baik tersenyum dari anda merasa sakit hati dan benci. Fikir yang baik-baik sahaja tentang orang lain kerana kita juga tidak sempurna.

p/s : Tentang kayu sugi tu, aku quote dari kata-kata abangku Azim.. betul jugak katanya tu..mcm tk tdo je malam ni..

Thursday, December 22, 2005

Dhuha

~TAMBAHI AMAL TINGKATKAN IMAN~
Kerahmatan Allah terhadap hamba²-Nya apabila alam ini berada di waktu fajar. Di ketika inilah kurniaan Allah melimpah ruah hinggakan menjadikan manusia hidup di dalam kesenangan dan kemewahan.
Sebagaimana yang disebut dari Abu Zaid r.a katanya; "Rasulullah SAW melaksanakan solat Dhuha sehingga kita mengira beliau tidak meninggalkannya tetapi jika telah meninggalkannya sehingga kita mengira bahawa beliau tidak pernah mengerjakannya."
Demikianlah kesungguhan Rasulullah SAW mengerjakan solat Dhuha yang ia lakukan meskipun ianya ibadah sunat sahaja. Kalaulah itu keadaannya Rasulullah SAW maka kita sebagai umatnya juga perlu mengerjakan sebagai tanda kecintaan kita terhadap-Nya disamping ada faedah dan manfaatnya.

..Fadhilat..
Rasulullah bersabda yang bermaksud,
"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."
Rasulullah bersabda lagi,
"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."
Dari Nuwas bin Sama'an, Rasulullah bersabda;
"Allah berfirman: Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (yakni solat Dhuha), nanti pasti akan ku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." [Al Hakim dan Thabrani]
Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:
"Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." [Al-Tabrani]

..Doa..
“Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu, dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanla, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu Dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu, dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh."

20 Mac 2005 20:50:00
Semester 2, 2004 -2005
M3-06-02
Uniten.

p/s : Kandungan artikel ini saya copy dan paste dari sumber yang saya lupa untuk m'credit urlnya. Doa itu saya dapati dari Buku Asas-Asas Fardhu Ain, Ustaz Sulaiman Endut. Beliau orang Melawati, pernah menaiki bas yang sama dengannya. Tapi tak berani nak tegur, cuma berani senyum je. Waktu tu saya di Tingkatan empat, rasanya baru pulang dari Jaya Jusco bersama Salima. Tak ingat tahun bile beliau kembali ke rahmatullah, Al-Fatihah untuknya..

p/s yang panjang:
Waktu itu kami (mimi+jalil+mubin) sedang bercerita tentang solat Dhuha, tentang waktunya, tentang fadhilatnya (kelebihan), adakah untuk dimurahkan rezeki atau adanya kelebihan lain. Kemudian tiba-tiba ayah muncul dari dalam biliknya hendak melihat surat-surat yang di atas meja.
Ayah pun memberi respondnya terhadap perbualan kami. Saya tidak ingat ayat penuhnya, tapi maksudnya lebih kurang seperti ini.
Solat Dhuha atau apa jua solat sunat yang kita kerjakan menunjukkan hubungan kita dengan Allah. Antara kita dan Allah. Bukan antara kita+Allah+ganjaran. Tidak perlu berkira dengan ganjaran yang akan diperoleh di sebalik ibadah yang dikerjakan. Kerana ganjaran itu mmg selalu ada untuk anda. Yang penting adalah kesungguhan kita mencari waktu untuk bersama Allah. Kesungguhan itulah yang menjadi kayu pengukur sejauh mana hubungan baik kita dengan Allah sebagai hambaNya.
Kemudian saya terfikir, barangkali Dhuha itu disediakan oleh Allah untuk kita bersamaNya sementara menunggu datangnya Zohor. Kerana waktu antara Subuh dan Zohor itu sangat panjang. Allah rindu untuk bersama kita, tapi kita entah rindukan tidak kepadaNya.
Di dalam usrah malam tadi, kami bercerita tentang hadith pertama dari himpunan 40 hadith utama yang dihimpun oleh Imam Nawawi. Nanti insyaALLAH saya menulis tentang niat pula yang mempunyai perkaitan dengan nasihat ayah saya itu.

p/s lagi : Terima kasih Kak Intan dan Kak Liza. Sudah bertahun menjadi adik usrah mereka.

Wednesday, December 21, 2005

Meneman dan diteman - version 2

Posting yang ini adalah rentetan dari tulisan Meneman dan diteman – version 1

Kalau meneman dalam kes-kes yang seperti ini, kawan perempuan meneman kawan perempuan, isteri meneman suami, atau emak meneman si anak memanglah tidak perlu dipertikaikan. Tapi kalau girlfriend teman boyfriend atau lelaki mahram teman perempuan mahram, macam mane pulak tu? Saya tidak mengatakan anda tidak boleh bertemu dengan pasangan anda. Kalau meneman untuk perkara-perkara yang perlu, mungkin juga tidak menjadi persoalan yang berat. Itu pun haruslah disertai orang ketiga. Yang saya risaukan adalah perlakuan anda sewaktu bersama pasangan anda yang belum sah anda nikahi. Ini adalah isu berat yang mungkin sengaja anda abaikan..

Persoalannya bukan anda tidak tahu itu adalah salah tetapi kerana ia adalah perkara yang menyenangkan bagi nafsu anda. Mungkin satu perkara yang kita lupa, Allah ada tatkala itu. Bagaimana mungkin kita mengabaikan pandangan Allah yang melihat segala gerak laku kita sedangkan apa yang di dalam hati ini pun tidak mampu kita sembunyikan dari pengetahuanNya. Anda risau akan kemungkinan tidak dicintai dan disayangi oleh pasangan anda.. justeru setiap hari anda berusaha menjaga hati pasangan anda, biarpun terpaksa melakukan perkara yang tidak sepatutnya anda lakukan. Tetapi anda tidak ambil peduli adakah perlakuan anda boleh merosakkan hubungan anda dengan Allah pula? Anda risau anda mungkin tidak dicintai dan disayangi oleh pasangan anda.. justeru anda berharap setiap hari agar dia terusan menyintai anda seumur hidupnya. Tetapi sedikitpun anda tidak kisah untuk meminta kepada Allah untuk memelihara dan menyintai anda.

Mohonlah kebaikan dan peliharaan daripada Allah yang Maha Memelihara. Seorang ibu tidak akan memberi susu kepada anaknya yang tidak menangis. Allah juga tidak akan memberikan rahmat dan kebaikan kepada hambaNya seandainya kita tidak mencari dan meminta kepadaNya. Itu adalah ulasan tulisan yang diambil dari buku Manhaj Hidup Muslim. Tidakkah kita ingin menjadi Muslim yang sebenar-benarnya? Menjadi hamba yang dicintai oleh Tuhannya? Jadikanlah Allah peneman kita yang paling utama dan Dia sentiasa ada untuk meneman kita.

Ya Allah, Terima Kasih Kau selalu ada untukku.. Aku bermohon kepadaMu peliharalah diri ini. Jangan pula kau jadikan kasih sayang dan ketakutanku kepada sesuatu yang lain di dunia ini melebihi kasih sayang dan ketakutanku kepadaMu.. Amin.. Wallahua’lam….

p/s: Lain kali akan cuba menulis dengan lebih pendek. Buku Manhaj Hidup Muslim adalah dihimpun kandungannya berdasarkan penulisan Al-Syahid Sayyid Qutb dan Saiyid Abul A’la Maududi. Siapa yang ada buku2 lain tokoh2 hebat ini, mungkin jika tidak keberatan ingin sy pinjam untuk difotokopi.. atau beritahu sahaja di mana anda membelinya, sebab Kak Intan kata buku agama tak elok difotostet.

p/s: Ada seorang teman yang mempunyai ejaan nama Saiyed…katanya memang ejaannya seperti itu.. Melihat ejaan Saiyid teringat kepada namanya pula.. Semoga berhidup dengan baik

Meneman dan diteman – version 1

19 Oct 2005, 10:42:20 am

Masa teman Kak Haida ambik ujian memandu untuk lesen P, lepak dgn abang ni.. die datang teman isteri ambik test utk kali ketiga. Sangat terharu. Dia pun macam aku, tak de kerusi nak duduk, so die dudukla sebelah aku menenggek dekat border jalan di lereng bukit tu. Dari situ boleh nampak orang yang ambik test bukit. Bolehla die tengok isteri die. Sorang kakak tu.. macam dah sarat, agak2 mcm dlm 6 bln.. suami die pun datang teman jugak.. sekali lagi terharu. Jealous pun ye jugak. Time aku ambik test hari tu sendiri-sendiri je.. hihi dah tentula.. waktu tu saya tak bersuami lagi.. ;)

ermm.. merasa meneman dan diteman mungkin adalah penghargaan terbesar yang dirasa oleh yang diteman dan tidak menjadi bebanan sedikitpun kepada si dia yang meneman.. bagi pasangan yang bahagialah.. samalah seperti abang yang meneman isterinya tu.

Dia baru dibuang kerja atas tiket VSS tetapi alhamdulillah waktu itu sudah mendapat pekerjaan baru. Dalam keadaan ekonomi keluarga yang tidak begitu stabil kasihan pula isterinya terpaksa berkali-kali mengambil ujian memandu. Jadinya untuk yang kali ketiga ini dia mengambil cuti dengan harapan kali ini isterinya akan lulus. Di sepanjang perbualan itu aku amat gembira dengan abang yang seorang ini. Gembira juga bagi pihak isterinya mempunyai suami sebaik itu. Saat berhadapan dengan krisis kewangan keluarganya, abang tu tak kisah mane berhabis beratus ringgit untuk isteri die reseat test memandu tu, dan yang pastinya tidak sedikitpun meruntuhkan semangat isterinya untuk lulus di lain kali pula.

Sampai giliran isterinya, abang tu bangun dari duduknya memandang dengan begitu serius ke arah kakak yang sedang di dalam kereta putih itu. Rilek bang.. dia kelihatan gelisah.. aku juga bangun ingin beri moral support kepadanya.

Mimi : Ok kot die kali ni…
Abang : Tu lah dik.. harap sangat ni..


Isterinya orang Kelantan, tinggi orangya.. juga kelihatan lembut.. kebanyakan perempuan Kelantan memang adalah seperti itu.. hihi tapi rasanya aku sedikit kasar hahah.. dan setelah selesai bukit dan parking, dia tidak perlu lagi untuk kembali ke Cheras itu untuk mengadap pakcik JPJ lagi.. Kakak tu dah lulus.. Alhamdulillah.. gembira tul abang tu.. die mengucap syukur sambil menoleh kepadaku “Oklah dik.. abang nak pergi teman die..” hihi.. gi lah bang.. mesti die tengah tunggu tu..

Lulus dah kakak tu. Aku pun dengan sabarnya menunggu giliran Kak Haida pula. Tidak peduli lagi dengan buku CLEO yang di tanganku. Sejak dari abang itu duduk di sebelahku tidak sekalipun aku membelek majalah itu. Hihi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.. Kak Haida pulang ke rumah hari itu dengan hadiah harijadinya..

Kak Haida : Hadiah harijadi akak yang paling besar..
Mimi : Ha aa.. hadiah dari Allah ni kak

Seronoknya kami hari itu.. abang itu juga.. dah tentu isterinya juga.. Tahniah kak.. saya tak sempat nak tegur… nanti balik Kelantan boleh ganti2 drive dengan suami..

p/s : Tentu seronok diteman suami waktu tangan seram sejuk nk ambik ujian memandu…huhu ayat jahat ni. Bestla kau nanti Sue.. Ja.. sesape je la yang tak ambik driving test lagi, ajakla suami teman nanti..

Tuesday, December 20, 2005

Omputeh vs Melayu Indonesia

When I feel like belong to no one, thats the time I'll be having a lot of words ‘inside’.. (got no one to talk to.. eheh that’s me.. ) but somehow to turn it all in a writing it wont come out that easy as it pop out inside. This writing thing makes me feel if I’m talking to someone.. at least to me myself for another years to come.. As usual, I'm likely look back in a year's time and think it wasn't so bad after all.. I’ll come back to this writing to ‘listen’ for what I’m babbling in this blog.. hihi

Mimah : poyo ah mi.. tulis bhs omputeh
Mimi : sekali ni je..
Mimah : Indon jugak best
Mimi : ha aa.. Indon jugak best

Aku dan Wani

17 Disember 2005 11:44:22

Pagi ini saya bersama Wani sahaja di rumah kami yang dihuni bersama Ain dan Azi pada mulanya. Tapi kini tinggal kami bertiga (mimi+wani+ain) sahaja. Kelibat Azi tidak lagi kelihatan di dalam rumah ini disebabkan masalah air yang sudah bertahun-tahun tidak dibaikpulih oleh ‘bapak-bapak’ di UNITEN ini. Kami seperti biasa, bermandikan air yang ditakung baldi di bilik air itu. Bagi Azi yang kuat bersukan, pagi petang dia berjogging, maka mungkin sukar hendak berhidup dengan keadaan rumah yang seperti ini. Lantaklah..harapnya masih dapat terus berhidup dengan baik sehingga penghujung sem ini.

Berpagi-pagian memang adalah suatu perkara yang menyenangkan hati. Mengisi sebaiknya masa yang dikurniakan Allah ini dengan apa-apa sahaja perkara asalkan bukan tidur. Tapi selalunya ini yang paling kita sayang untuk lepaskan... hihi biasalah.. Waktu menguruskan baju yang hendak dijemur pagi tadi, Wani tanya sama ada ingin makan maggi bersamanya.. Wani memang rajin, seronoknya merasa ada orang yang peduli dengan makan minum kita.. hihi dia memang punya sifat penyayang yang betul-betul menyenangkan hati saya. Sentiasa membuat saya terharu dengan sikapnya yang satu itu.

Semalam kami ke Serdang. Sepanjang di dalam kereta itu tak banyak perkara yang dibualkan. Saya sebolehnya sentiasa cuba untuk bercerita perkara-perkara yang dapat mengisi kelompongan rohani. Bercerita apa-apa sahaja yang boleh mengingatkan hati kepada Allah. Tetapi semalam saya lebih senang memandu sahaja. Wani juga tiada apa-apa yang nak dibualkan agaknya. Diam sahaja dia di sebelahku.

Dalam kesunyian itu, saya tiba-tiba terfikir tentang hubungan persahabatan saya dengan sahabat yang di sebelah ini. Saya lantas berkata kepada Wani.

Mimi : Wani, kire dah lama jugakla aku kawan dgn kau..maksud aku, kite sama-sama..selalu sama-sama dengan kau..

Wani seperti sedikit pelik..saya lupa respondnya ketika itu..(ape yang kau jawab ye wani?)

Mimi : Takdelah..dari kite training..sampai sekarang.. macam kebanyakan masanya kau ada dgn aku.. eh, bukan time microP kite sekelas ke? Ha.. maknanya dari time aku ambik microP, pastu kite masuk training sama2, pastu kite sekelas ethics, pastu sekarang serumah.. adalah 2 tahun.. kire kau dah macam kawan baik aku la ni

Wani : Aa.. alhamdulillah.. (hihi ini je y aku ingat ayat kau wani)

Sudah lama tidak merasa ‘berkawan’ seperti di zaman sekolah dahulu. Ke mana sahaja pergi mesti ada Salima meneman.. biasalah.. cerita budak sekolah. Tapi bila di universiti saya tidak peduli walau pergi ke kelas, perpustakaan, dan ke mana-mana sahaja bersendirian. Bukanlah sesuatu yang kekok cuma kadang-kadang memang merasa mahu ada yang meneman. Terlintas di hati kebanyakan masanya Wani sentiasa ada dalam rentetan hidup saya untuk semester-semester terakhir ini berbanding sahabat-sahabat yang lain.. (erm.. ye ke wani?) hihi baru menyedari kebersamaan kami di penghujung pengajian ini. Dan sepanjang perkenalan ini, saya memang senang dengannya..

Di saat ini saya menyambung semula penulisan ini. Tidak sempat menghabiskannya kelmarin kerna kami keluar ke KLCC. Hampir 30 minit berpusing-pusing menikmati kepenatan mencari surau.. kemudian solat.. kemudian mencari sushi dan roti.. kemudian saya pulang ke rumah ibu bapa saya di Melawati. Meninggalkan Wani yang ketika itu telah bertemu dengan sahabatnya, Aini. Mereka menunggu kedatangan teman-teman sekolah yang lain untuk ber’gathering’ di KLCC. Hihi.. Wani sangat risau bila saya menolak untuk diteman ke terminal PUTRA.. dah 5 tahun tak ke KLCC katakan.. (erm biar benar.. 5 thn? Uish)

Untuk Wani --> Aku doakan segalanya yang terbaik untuk kau.. Semoga dijaga dan disayangi si dia sebaiknya..

p/s : Percubaan menulis dengan penggunaan kata ganti nama diri ‘saya’… Lain macam sket kot feelnya.. Lain kali menulis untuk kau pulak Sue.. dan yang lain2.. ini gudang testi terbesar untuk semua.. hihi erm ntah bile nk menulis lagi



Menulis lagi..

Last posting adalah 4 Jun 2005.. tapi ada sedikit kemusykilan dengan tarikh tu. Rasanya aku buat blog ni waktu awal-awal masuk training.. dan time tu jgkla aku menulis first entry. Maksudnya adalah penghujung bulan 3 atau awal bulan 4.. tu pun cume ada 2 posting. lepas tu dah tak menulis lagi sebab sibuk dengan sistem untuk FELCRA.

Tapi lepas tu pun still ignore je dengan kewujudan blog ni, sebab aku tk ingat username dan passwordnya.. nilah yang dinamakan hangat-hangat tahi ayam.. Fotopages tu pun dah lama tak melayan posting gambar baru. Diorang yang main fotopages sumenye gempak2 kot kamera.. tak main ah kamera henset.. tu yang gambar cun semacam agaknya..

Semalam baru dapat mengaccess balik blog ni setelah dinasihatkan oleh Cik Wani.. ingat malas nk layan dah.. macam mane la aku boleh gune username kashiwabara (pelakon Jepang).. mmgla aku tk ingat langsung..

Kali ni pun entahlah.. cuba menulis jika ada kelapangan.. sem terakhir ni betul-betul membuat otakku blank dengan jadual harianku.. Cuma satu subjek dan projek 2.. ni yang melayan balik kerja-kerja menulis dan mengedit tulisan-tulisan lamaku.. So ini sahaja catatan untuk come back yang kali ini, esok kene pergi clas Prof Jamilin.. sy masuk tidur dulu..

p/s: Prof Jamilin kuat tul bertanya dlm lecture die. Satu soalan boleh die pusing satu clas.. so main jawab je la.. nk ulang jawapan orang lain pun ulangla, asal jawab. Hebatnya ilmu Saidina Ali.. boleh beri 10 jawapan untuk satu soalan..

Saturday, June 04, 2005

ahah... SMKA Kuala Selangor...

baru je beberapa minit menulis tentang member2 lama
nasib baik tkde bau je.. aku pun tk faham teori salima
die kate zaman dulu2 boleh dicium baunya..
ada bau..?? bau ape aku pun tak tau
mmg terjumpe pun muke2 SMKA... http://munawwarah83.fotopages.com/
munawwarah tu nama magazine sek kitorg..
huhu.. best gak aa tgk gambar2 korg.. mmg meriah..
tp yg lelaki, mcm tkde sorg pun yg aku kenal.. aii.. teruknye mimi..
tp mane muke aku... huhu
seingat aku x ramai pun bdk SMKA yg aku ada contact number diorg...
ah nntila bercakap ttg SMKA

p/s : ada waris SMKAKS lain di UNITEN, si hasanah yg comel...

Friday, June 03, 2005

hmm...

~Reasons for blogging~

rasanya dah terlalu banyak membaca
menulis pun cume dalam hati..
juga mengharap orang yang menaip nama 'fauzatul' dkt yahoo
akan berjumpa dgn fauzatul yang dicari..
(hobi lama zaman sekolah dulu..erm skrg pun)
kpd member2 lama...kalau ada jodoh kite jumpe dkt sini...
....Changkat Lada-Seberang Perak,
....Taman Meru-Ipoh,
....Taman Melawati,
....SMKA Kuala Selangor,
....UNITEN..huhu